Powered By Blogger

Saturday 18 August 2012

Si Fitri lagi

aku suka tengok si Fikri dalam Hello Bro...tolong masak...
jadi apa2 yang aku baca pasal dia aku akan share..
apa yang aku baca dari Astro Gempak..
kalau dah baca korang senyap2 jer yer...aku selalu ketinggalan..

 
Jika anda menonton Helo Bro… Tolong Masak! yang  bermula Jumaat lalu pasti mengenali dua jejaka yang mengendalikan rancangan masakan ini iaitu Zamir dan Nik Michael. Mereka berdua turut ditemani dengan seorang lagi jejaka untuk menjayakan rancangan yang baru mula bersiaran sejak hari pertama Ramadan bermula.  

Jejaka yang dikenali sebagai Chef Fikree atau nama penuhnya, Mohd Fikree Najib Bin Aznan merupakan bekas pelajar di UiTM Pulau Pinang. Minat untuk memasak mula timbul sejak berada di tingkatan empat tidak disia-siakan apabila dia ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di UiTM dalam bidang Seni Memasak.  

Mula dikesan bakatnya apabila menjadi juri bagi pemilihan peserta MasterChef Malaysia Musim Kedua di Sarawak. Sejak dari itu, pihak Astro mula berminat untuk mengandingkan Chef Fikree bersama Zamir and Nik Michael untuk menjayakan Helo Bro… Tolong Masak!

 Ditanya mengenai kerjasamanya dengan Nik Michael dan Zamir dalam rancangan tersebut, Chef Fikree berkata dia sangat teruja untuk berganding bahu menyediakan hidangan lazat untuk selebriti-selebriti jemputan dalam Helo Bro… Tolong Masak!

“Saya sangat teruja dan gembira apabila diberi peluang untuk mengendalikan rancangan ini bersama mereka. Ianya sudah pasti sesuatu yang baru buat saya kerana dapat berkongsi resepi selain bertukar pendapat tentang masakan.

“Zamir dan Nik Michael mempunyai kepakaran masing-masing dalam bidang masakan. Apa yang saya nampak, Zamir sangat mahir dalam menyediakan juadah pencuci mulut sementara Nik Michael hebat menyediakan masakan Itali,” ujar Chef Fikree kepada Astro Gempak.

Adik kandung kepada Hairi Anak Wayang ini juga sempat menceritakan pengalaman manis ketika sesi penggambaran Helo Bro… Tolong Masak! apabila diberi peluang untuk menyediakan hidangan untuk dua juri hebat dari MasterChef Malaysia musim pertama iaitu Chef Jo dan Chef Zubir.

“Saya rasa sangat gembira apabila diberi peluang untuk menyediakan hidangan untuk Chef Jo dan Chef Zubir. Alhamdulillah hidangan yang disediakan oleh kami bertiga mendapat pujian daripada mereka,” katanya lagi dengan nada teruja.

Secara ringkasan, Helo Bro… Tolong Masak! merupakan sebuah rancangan memasak yang dihoskan oleh Chef Fikree dengan dua bekas pelajar MasterChef Malaysia musim pertama iaitu Zamir dan Nik Michael. Mereka diminta untuk menyediakan juadah berbuka, moreh atau sahur untuk selebriti yang berada di lokasi pesanan mereka.

Sebagai tanda terima kasih, selebriti-selebriti ini akan memberi sumbangan duit raya kepada mereka bertiga untuk didermakan kepada badan kebajikan dalam episod istimewa yang akan disiarkan nanti.

Jadi jangan lupa untuk menyaksikan Helo Bro… Tolong Masak! sepanjang bulan Ramadan ini di Astro Prima (105) jam 6.00 petang untuk sama-sama melihat kepakaran mereka bertiga menyediakan juadah yang enak buat selebriti-selebriti jemputan.  

semua dari SINI..

comelkan..dah lar pakai baju warna ungu...faveret aku..
camner taw nie..suka taw tiru2 aku..wakaka..perasan giler..
ok.terus jatuh hati...hahaha...
fb dia ape ehh..sape taw....
pelajar UiTM jugak rupanya..saya bangga!!!

2 comments:

  1. fikree najib satu sekolah ngn sya.kolah kt lgkwi..knl sgt..dia ne bkn terer memsk je..sume benda leh buat..sukan bola la,memmnh la...sgla ketua dia pegg,ketua pengwas pun dia.peljar terbaik skolah utk spm pun dia.untuk pengethuan dia dh berpunya follow la blog ne jgn frust plak lpas buah hti pengrang jntung dia..kapel msa zaman kolah lg..dia jenis lelki yg setia...kat kolah ngn pompuen nak tak ja ckp..tgk blog ne rean ben al yahya blogspot

    ReplyDelete
  2. Suka tengok dia masak...n gelagat dia..hehe..

    ReplyDelete