Powered By Blogger

Sunday 30 September 2012

Tetiba ada budak

Assalamualaikum..

Hari nie cam biasa .ahad hari permulaan kerja bagi warga Pantai Timur..yeah..sangat tak best..sebabnya..kalau macam aku..kerja di cawangan..ada urusan yang kami perlu dapatkan persetujuan daripada pihak induk..jadi urusan kerja tue tak berapa nak lancar...soo boring ok....tue yang terliat nak datang kerja kalau hari ahad....*kalau dah dasar pem***...macam2 ko bagi alasan..hehehe..

Hari nie..sesudah mandi..tetiba aku dengar ada suara budak nangis...aku syak si mira...(budak taska)..mesti kes terjaga dari tido..ayah dia mesti nak pie meeting di kb..macam biasa menangis tak ingat dunia...masa nie aku tak syak apa2 lagi....bila aku bukak pintu bilik nak pie iron baju..aku dengar..budak nangis...Ya Allah rasa cam nak runtuh rumah..*sangat over..hahaha..tipu jer..cuma rase gegaran jer...

Bayangkan lah tetiba budak nangis..aku kalut nak pie kerja..akak aku pulak baru bangun..terus aku menjerit dari atas..suara aku korang faham2 lar..cicak yg melekat kat dinding leh jatuh tergolek2 atas lanatai...yaksss...*perumpaamaan yang keterlaluan..tak nak kalah dengan suara budak kecik..hehee..

Aku : Along..sapa nangis tue...*takut bukan budak yang nangis...makhluk lain..overr
Along : Si Mira nie haa...bapak dia tinggalkan kat sini sebab kena pie meeting kat kb..
Aku : hadooii..budak tue nangis tak  bhenti2 nie..aku dah lambat pie kerja...*sedangkan belum pukul 7 lg...
Aku : ko dah masak belum......* akak aku memg plan nak goreng bihun untuk budak2 taska...aku pun leh bawak bekal,..

aku membebel2..tapi budak tue tetap nangis...huwaa..lama2 aku yang nangis pulak kangg...aku pun turun ke bawah...bawak si mira tue pie bilik aku...nangis dan nangiss...masih lagi sesi memujuk..

Aku : mira..tak maw nangis..abah pie kerjakan..tak maw...takmaw..dah tak comel macam kakak...*hahaha..ayat last ko tak payah nak caya sangat..
Aku : mehmeh..baring kat bantal sinchan nie.....takmaw nangiss...

tentu korang kata aku tak pandai jaga budakkan...aku pandaiii tawwwww...
terus datang idea..try umpan dgn angrybird..adik sepupu aku nangis aku umpan main ipad jer....

Aku : jomjom kita main angry bird....mira tekan sini..nie..tengok nie....

walaupun masih lagi tersesakesak...tapi terus leka ko...aku pie iron baju pun...senyap...leh bunyi lak..camnernie kakak..adohai budak nie..suka aku semput pepagi taw...nasib ipad dah kembali padakuu...kalau tak berhenti aku tak taw lar nak wat camner lagi..

biasa budak nie aku hulur makanan senyap..tapi tidak si mira...hahahaha...

tapikan..aku nak tergelak pun ada...macamaner lar bapak dia boleh terpikir nak hantar ke rumah aku...
saja nak suruh aku belajar jaga budak lar tueeee..
nasib baik si mira tue memang ok dengan aku....

Pulangkan versi Pegawai PTPTN & Misha Omar

Lagu khas untuk peminjam PTPTN..
aku pun tak pernah dengar lagi lagu nie...
nanti aku jumpa video aku share kat korang..
takpun korang cari jer video klip misha omar lagu pulangkan.. 
lebih kurang lar tue...
(Ex-Student)
Sedikit bunga yang menggoda
Sekadar dipandang usah dibayar

Kau pasti tak percaya

Duitku bukan untukmu sayang


(Pegawai PTPTN)

Tiada kusangka kau sungguh kejam

Kau peram hutang yang kau pinjam

Namun takkan bahgia kehidupanmu

Bila engkau berkonvo

kau milikku


Pulangkan hutang-hutangku-(Pegawai PTPTN)


Oh hentikanlah menghantuiku-(Ex-Student)


Oh pulangkan oh pulangkanlah padaku-(Pegawai PTPTN)


Kupulangkan semua hutangku-(Ex-Student)


Yang dikau peram tanpa relaku-(Pegawai PTPTN)


Bebaskanlah maafkan daku oh kasih-(Ex-Student)


(Pegawai PTPTN)

Tiada kemaafan di sini

Kau hutang tanpa bayar sesen lagi

Akan ku jejakimu kemana jua

Motivasi hari ini


Salam Ahad..
Selamat Bekerja kepada warga Pantai Timur...
^__^

Saturday 29 September 2012

Point penting bajet 2013


Assalamualaikum...

Aku pasti penduduk Malaysia tersenyum riang sampai ke telinga...dan sentiasa tersenyum...hehehhee...
Walaupun anda bukan kakitangan kerajaan..anda mungkin pelajar..anda mungkin bakal2 haji..anda merupakan warga negara malaysia..anda pasti menikmatinya...mungkin bukan anda mungkin kaum keluarga...sedikit sebanyak turut merasainya...syukur...itu yang pasti..gunakan sebaikbaiknya...

Friday 28 September 2012

Teknik Mengubati Mulut Celupar dari Rasulullah

 Assalamualaikum..
- copycutpaste -

Adakah anda pernah terfikir dan sedar anda bermulut celupar? Sedarkah anda apabila kita berbicara, tanpa disedari kita telah mengguris hati dan perasaan orang lain? Pernahkan anda dipinggirkan kerana anda suka bercakap ‘lepas’?

Sebagai manusia biasa, kita tidak pernah terlepas dan lari dari melakukan kesilapan dalam segala tindakan serta percakapan harian.

Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan dan petua yang berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.

Pertama, Rasulullah menyuruh kita diam apabila terdorong untuk bertutur perkara yang tidak sepatutnya.
Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa Rasulullah pernah berpesan, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”
Kedua, Rasulullah menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. 

Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari. Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita.

Menurut sahabat Ibnu Umar, Rasulullah pernah berkata, “Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati.”

 Rasulullah pernah menyatakan menerusi Imam Bukhari, terdapat dua kalimat zikir yang paling disukai oleh Allah SWT yang sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat untuk diamalkan.
Kedua-dua kalimat itu adalah ‘subhanallah wa bihamdihi’ dan ‘subhanallah hil azim’ yang membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan, ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’

Selain itu, dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca ‘subhanallah wa bihamdihi’ sebanyak 100 kali sehari, maka semua dosanya diampunkan oleh Allah SWT meski pun sebanyak buih di lautan.
Ketiga, Rasulullah mengajar agar kita sentiasa beristighfar untuk mengelakkan lidah kita dari terus ‘rancak’ membicarakan perkara yang kita sendiri tidak ketahui akan kesahihannya.

Istighfar bermaksud memohon keampunan dan kita digalakkan untuk beristighfar sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, ‘Astaghfirullahazim’ disertakan ‘perasaan menyesal’ di dalam hati.

Rasulullah dalam amalan hariannya selalu beristighfar sebanyak 100 kali untuk mengelakkan keburukan dalam lidahnya.

Credit to iluvislam.com

Thursday 27 September 2012

Selamat Hari Jadi Mr Azam


Selamat Hari Jadi Mr Azam
Semoga Dipanjangkan Umur..Dimurahkn Rezeki..
Dipermudahkan segala urusan...
Semoga berjaya Dunia & Akhirat..
Semoga menjadi Insan berguna..


Adik aku..dah besar budak nie...huhu...sejak 2menjak nie...dia selalu teman aku pie mana2..
tapi ada upahnya....ko belanja lar dia apa2...*takikhlas..hahaha..
tak kisahlar..kalau aku tak bawak dia..bila masa aku nak belanja dia...*aku kakak yg baik..
sekarang nie..aku dah kurang masa dengan dia..dah lama tak layan bowling bersama...
tapi aku dah sogokkan ipad aku kat dia...hahahhahaa..*tuepun pikir 40x...dasar kedekut...
dia pernah bagitahu syg aku sebab aku ada ipad...*kejamm..coi..
pepun..aku tetap syg budak mokmok nie...
^__^
 



Tuesday 25 September 2012

Wanita Itu Unik


Ada kebenarannya katakata itu...memang fakta..
yang autanya letak pict sendiri...hehehehe
ape kess...
selamat beristirehat..
^__^

Juara segala juara



hari ini aku sangat freee....
jadi apa lagi menggodek gambar2 yang ada...terjumpa gambar nie..
best pakai baju nie...tapi kan..ada tetapinya...
ngeri tengokk pipi...mengembang bagai juara yeah..
bukan main lagi kooo....
nie gambar tahun lepas bulan disember..
ada majlis dihotel renai...
agak2 tahun nie..camner lar keadaan aku...
????
*nakkuyusnakkuyus..*

Pertunangan Diana Amir





Diana Amir




















Pelakon dan pengacara Diana Amir berkata keputusan merahsiakan majlis pertunangannya baru-baru ini adalah mengikut syariat Islam yang tidak mengesyorkannya untuk ia dihebohkan melainkan jika berkahwin.  Diana atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hashim, 26, berkata, dia berharap semua pihak menghormati keputusan itu dan tidak membuat sebarang spekulasi terhadap dia dan tunangnya Mohd Habib Bullah A. Rahman iaitu seorang petugas di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok, Kedah.

“Dalam Islam sendiri tidak menggalakkan kita menghebohkan majlis bertunang atau fasa bercinta kerana ia adalah perjanjian awal antara pasangan kekasih.
“Lainlah kalau majlis perkahwinan, memang ia perlu dihebahkan untuk mengelakkan fitnah.




























“Sebenarnya tiada jaminan lagi saya pasti akan berkahwin dengan dia (Habib). Atas sebab itu, saya hanya adakan majlis secara tertutup untuk keluarga kedua-dua belah pihak sahaja,”
Difahamkan, Habib yang berusia 20-an itu bertugas di Jabatan Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM Merbok dan sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana.
Mereka yang berkenalan menerusi seorang teman Diana kurang setahun yang lalu melangsungkan pertunangan di kediaman aktres itu di sini, pada baru-baru ini.

Lelaki bernama Habib yang didakwa tunang kepada Diana.
Pelakon filem Salam Cinta itu berkata, dia enggan mencanangkan mengenai hubungannya dengan Habib demi menghormati keselesaan tunangnya itu yang tidak biasa dengan selok-belok dunia hiburan.
“Saya kasihan kepada dia kerana latar belakang dan profesion dalam bidang pendidikan adalah bertentangan dengan dunia hiburan yang penuh kontroversi ini.
“Demi menghormati keselesaan dia dan keluarga, saya tidak mahu kecoh-kecoh mengenai majlis itu atau hubungan kami.
“Cukuplah mana yang sudah tahu, saya tidak menafikannya tapi tidak perlu saya hendak bercerita panjang lebar mengenai perkara ini,” luahnya.
Diana berkata, dia dan Habib masih belum membuat sebarang ketetapan mengenai perkahwinan kerana mereka mahu mengukuhkan kewangan dan kerjaya masing-masing terlebih dahulu.
“Pada peringkat ini, kami mahu lebih mengenali antara satu sama lain. Belum ada perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat, biarlah kami kukuhkan kewangan dahulu,” jelasnya.
Mengenai kerjaya, Diana berkata, jadualnya kini terisi dengan komitmen sebagai penceramah motivasi untuk para pelajar di merata sekolah dan mengacarakan majlis-majlis korporat.
“Tumpuan sekarang adalah pada komitmen sebagai penceramah motivasi dan pengacara.
“Insya-Allah pada awal Oktober depan, saya akan terlibat dalam penggambaran sebuah telefilem untuk Astro Oasis,” kongsinya.
-mstar-


---------------------------------------pandangan aku---------------------------------------------
Bertunang tak perlulah nak hebohheboh...
sebab masih banyak yang kita tak tahu apa yang akan berlaku di  masa hadapan..
bukan mendoakan yang tidak baik tapi...itu semua yang telah dirancang NYA..
Hal camnie tak perlu nak diperbesarkan...
Sama jugak kalau kita buat majlis bertunang tapi org lain dapat tahu..
tapi tidak dijemput....*banyak sngt tapinya..
jangan berkecil hati....^_^



Ingatlah & Senyumlah


 Assalamualaikum
Selamat Pagi...
^__^




Monday 24 September 2012

blue plus pink = ??


Gambar masa tunggu bigboss untuk hitea bersama-sama..
gambar baru dapat..jadi tak sempat nak edit lagi....
cantikkan rumah nie..ala-ala english gitu...
sukasukasuka..

Gambar Syawal dibulan Zulkaedah

stok bunga api n mercun...
*main dengan kawalan orang dewasa..tapi jangan ko yg over..

baju raya anakanak dara datin SS...nampak sangat baju aku tak bape nak glaammmmkan..

Sesi bermaafan....
muka tetap kena senyum....
muka apakah ini???
dapat duit raya tersenyum riang...

muka din yang serius tapi mampu tersenyum...
abaikan sesi bergambar dibelakang tue...


aku n azam...sayang aku sebab aku ada ipad..apakah??

mak dara pun sama..genetik yg samakan..


walaupun tak berapa nak raya tapi sesi bergambar tetap ada...









muka bajet comelllll!!!









Saja nak publish gambar raya....walaupun sangat terlambaaatt...
dah lar lambat upload sekali tunggang terbalik...hahaha...
prinsip aku senang janji upload dari non ado..

Saturday 22 September 2012

Aku takada..ko ada...


best siot dapat sofa + katil = sotil..
makanya badan akan makin mokmok..
tapi aku sukaaa...sonang ehh...
mana nak cariiii...
tapi comfirm harganya boleh tahankan...

Friday 21 September 2012

Muka Exam



Muka di hari Exam...macam muka keterpaksaaaaannn..
tapi tetap  nak upload jugakk..
Salam Jumaat...
^__^

Thursday 20 September 2012

Sekian lama

Assalamualaikum..

Sekian lama tak mengupdatekan diri dan berblogging....
cam lirik lagu sudah..sekian lama bercinta......betul kaa??hentam saja..
aku update di fb ajer..sebab tak terer nak update di ipad...
sangat kekampungan.....hee...
aku kan gadisss kampung yg tersipusipu malu..*muntah lar korang..huahua..
tak ade storymory...cumanya..macam aku agtaw kat entry sbelum nie..aku pie exam...
EXAM!!!EXAM!!!agak stress sebab soalannya mak aihh...pengsan jap tengok...
memang lar boleh bukak buku tapi.....camner ek nak bgtahu..
bila baca soalan tue..apo eh sebenarnya dia nak.??terus ?? disitu...
soalan berbelitbelit..cer straight jer...sonang sikit...
soalan esei..masa diberi 3jam..jawab 10 soalan...kalau tak subsub takper..
ini tiap soalan bersubsub...mano eden nak cari masa...
kan bagus kalau ada mesin masa....doraemon i need u...pliss muncul..
exam 2 hari..dah lar hari ke dua pun salah tempat exam...
kalau hari pertama boleh diterima hari kedua cannot maa...
kami silap naik lif tue yg tersesat...hahaha..
n yg bestnya hari last baru perasan yg ruparupanya
 kami naik lif tempat lain.. keluar tempat lain..

budak nie peramah giler...anak tokey kedai baju..^__^





Thursday 13 September 2012

Hari ketiga

Seperti yg sedia maklum..aku berada di kl ketika ini..wahh skema ayat aku..huahua...aku ada exam..yep susulan dari exam isac aritu..keadaan agak tidak memberangsangkan...aku fikir..huhu..tak maw citer bnyak2 pasal nie..think positif baby....sok nak balik muar..hari ahad rumah tok sedara ade kenduri sikit..n malam tue baru balik ker kelate...n isnin kerja...macam tak sabar nk pie kje..bukn rindu dengan kerja2..tetapi risau akan kerja yang berlambaklambak... Dan aku rasa lagi lama disini..aku boleh bertambah mokmok..tak maw..maw taknya..mcd sesajor..pitam jap...N kerja berjalan..memperabih duit...stress ahkak..dah lar tengah buln..ok lar..pict2 non ado..so takleh panjangpananggggg entry..nanti bosan..tak seronok yer...nitenite semua....

Wednesday 12 September 2012

Rindu.rinduan..


rindu giler nak konvo..rindu zaman study...
tak payah nak pikir2 masalahmasalah negara...
tak payah nak susahsusah risau itu ini...
bila nak sambung study nie....
tiaptiap tahun azam yang sama tapi tak tercapai lagi...
kita hanya mampu merancang..
TUHAN yang menentukan segalanya..

Tuesday 11 September 2012

Tiap kali eXam


tiap kali exam..aku akan beli set alat tulis yang baru...
macam tak best nak guna yang tak bape nak lama tue..
last exam isac aritu..baru jer kot..
nie namanya pembakar semangat yang berkobarkobar untuk exam..
sangat over dila...
entahentah korang lagi over dari aku kan...
*sila angguk setuju..paksaan nie..:)



Monday 10 September 2012

Desktop Background

 Aku sangat cerewet kalau nak letak wallpaper kat desktop...
bukan cerewet yang melampaulampau..tapi yang cerewet untuk memudahkan kerja..
kalau ko letak gambar tue background putih..color2 sikit jer...
ko memang susah nak tengok folder..
contoh picture love yg ada kat bawah nie...memang sangat sweet tapi...
akan nampak macam serabut sikit...bagi aku lar...
seperti ini hasilnya...nak mencari tue agak lemmm sikit...
tsk..tsk..tsk..


tapi ikut suka korang lar nak letak pict apakan..ikut kesesuaian..
macam aku tak suka yang menyusahkan nie...
aku agak kerap jugak tukar wallpaper supaya aku tak jemu..


2 3 wallpaper yg aku jumpa kat internet..sangat2 comel + sweet macam aku...*pitam..hahaha
walaupun colourful tapi aku suka..
ibarat macam katakata dibawah...

Make your days aLways be coLorful  and bright.



wallpaper camnie aku suka lar...nampak sebijikbijik folder yg ko nak..
memang ohsemmm lar..



                                     tips aku..kalau nak pilih wallpaper biar sedap memandang...
tak serabut sangat....yang comel2 jer...
baru semangat ko nak mengadap pc dari pkul 8pagi - 5petang
bila tengok yang cantik2 n sweet..segar bijik mata..
hehehe..
ikut sukahati koo
tapi awas jangan ko letak wallpaper seksiiseksi..
seksa mata nanti...

' SeLaMat BeKeRjA'