Powered By Blogger

Tuesday 31 July 2012

Kisah Setiausaha yang terrrrr...



Tajuk memang propa kannnnnnnnn......
Bila teringat pasal pengesahan jawatan nie..terus rasa geram..nak marah..sakit hati..pendek kata perasaan negative...Nak maklumkan aku masih tak comfirm2 walaupun dah kerje 2 tahun....bukan nak berbangga  tapi aku berharap apa yang terjadi pada aku nie..tak terjadi pada orang lain...

aku lapor diri pada 01 April 2010...untuk comfirm aku dimaklumkan aku hanya perlu pie induksi n lulus dengan jayanya..induksi aku pie pada 19 - 28 April 2011...cukup 2 tahun aku boleh apply...setahun boleh jugak apply kalau markah skt ko tinggi...tapi dicadangkan 2 tahun lar...jadi aku pun isi lar borang2 untuk comfirm nie....bape kali aku tanya apa lagi yang diperlukan untuh sah jawatan...

Dan pada 01 Jun 2012..aku terima surat yang isi kandungannya menyatakan 'masih belum layak disahkan ke dalam perkhidmatannya kerana belum lulus Peperiksaan Perkhidmatan Setiausaha Pejabat...'apa perasaan ko bila tetiba terima surat camnie....hancurkan...sama jugak dengan aku...rasa frust tue tak yah cakap lar...memang teramat2 frustt...tak terluah rasanya..tak puas hati aku pie jumpa kerani tanya..kenapakan...so call shah alam..n diorang akan meeting pada 15 Jun 2012....der...surat daripada JPA bertarikh 31 Mei 2010..nie dah tahun 2012...baru nak buat meeting...ape cerrr..takkan seorang pun tak perasankan..huh..

mula2 aku ingat aku dianaktirikan..yelar staf cawangankan..rupa2nya ada lebih kurang 10 orang senasib dengan aku..cawangan+staf induk..tue pun aku taw sebab pie kursus kat terengganu...kursus setiausaha semalaysia...kami yang teranaiya siap berbincang apa perlu buat..exam apa perlu ambik..sapa perlu call..n macam2 lagi lar..ada seorang PA nie dia bulan 10, kalau tak salah aku akan cukup 3 tahun...babee..kalau 3 tahun korang masih tak comfirm lagi..macam2 hal kene jawab...

aku taknak salahkan sape2...aku taknak menunding jari kepada sape2...cuma kesal lar hal camnie boleh berlaku...macamaner boleh terlepas pandang..macamaner boleh orang yang sepatutnya tahu tak tahu..tak tahu @ tak ambik tahu langsung..aku tak tahu lar...adoihaii..banyak sangat tahu tak tahu nie...hehehe..harap2 hal camnie tak berlaku lagi dimasa akan datang...nie soal masa depan seseorang...soal kerjaya seseorang..korang seronok ker tengok kalau sebabkan kecuaian korang..orang lain tak leh nak sah jawatan..

Sekarang nie..aku hanya tunggu untuk exam JPA saja lagi..exam ISAC aku dah lulus..syukur sangat..aku exam di bukit kiara pada 26 Jun 2012..walaupun ada kisahnya...nanti aku link kan bila entry tue dah berentry..hehehe...Exam JPA dijangka pada september..dimana tidak lar aku tahu..Semoga urusan aku dipermudahkan segalanya..amin...



Tak Baru Tak Lama


Disebabkan kemalasan tahap maksimum..aku upload pict2 lame..
aku pernah upload pict nie kat blog lame..
 nie time buat suprise party untuk kak zila...
pict nie tahun lepas kot..kalau bukan tahun lepas 2 tahun lepas punya..
gedixx nak upload lagi kan..









Monday 30 July 2012

Entry lemah gemalai


Assalamualaikum..

Hari ini bos cuti lar pulakss...demam katanya...aku pun tak bape sehat jugak...sakit kepalaku...aku syak..sebab tak cukup makan..huahua...tapi serius..memang pening tak hinggat nie...nak buat kerje pun malas ya ampun..mood nk berblog pun jugak non adoo..ok lar..nak pejam mata kejap....>__<
opss..tajuk tiada kaitan dengan entry...hehehehe..

Wanita Solehah

Wanita solehah itu memang idaman lelaki soleh.
Namun jangan bimbang bagi para wanita yang merasakan dirinya belum cukup baik dan solehah.
Kerana dirimu juga layak untuk mendapatkan suami yang soleh...

>>>Dengan syarat kamu berusaha untuk berubah dan sudi untuk menerima bimbingan dari bakal suamimu nanti.. (✿◠‿◠)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
The righteous woman's dream by good man.
But do not worry for the women who felt she was not quite good and righteous.
Because yourselves are also eligible to get a good husband,

>>>As long as you are trying to change and willing to receive guidance from your husband soon.. (✿◠‿◠)

#http://bit.ly/rindu_awak

Sunday 29 July 2012

Pokok Olimpik...


 
Siapa dah tengok rakaman upacara perasmian Sukan Olimpik London baru-baru ni? Agak konfius kenapa tiba-tiba ada orang keluar dari pokok yang diletakkan atas bukit tu, ramai pulak tu...

Rupanya pokok tu lah pokok Yahudi berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. !

Dan yang keluar tu nak tunjukkan mereka selamatkan diri dari mati dibunuh sebenarnya. Kita tengok kena faham, bukan sekadar tengok. Dan banyak lagi unsur Yahudi, Freemason dan Illuminuti ditonjolkan dalam upacara perasmian tu. Belum termasuk logo mata satu lagi.

Faham-fahamlah kenapa ia diadakan pada bulan Ramadhan ye. Musuh Islam memang licik dan halus. Lindungi kami ya Allah.. Amin

Klik full video : http://www.youtube.com/watch?v=4As0e4de-rI
 
copycutpaste DARISINI

애인에게 애인의 말씀

 애인에게 애인의 말씀

난 널 사랑해 .. 적어도 당신은 더 많은 사랑 ... 하루입니다 ... 전 아주 행복한 느낌 .. 당신이 내 삶에 나타나는부터 .. 내 인생에서 영원히 존재 주셔서 감사합니다 ... 당신이하고 싶지 않았어요 난 ... 난 정말보고 싶을 때까지 당신을 사랑하는 ... 난 정말 내 인생에 당신이 필요 해요 .. 난 당신에게 최고 없을 수도 있어요 ...하지만 난 당신이 최고의 눈하려고..

Nak mohon cuti tapi..

aku tengah berkira-kira nak mintak cuti pada hari ahad minggu depan...kebetulan adik aku balikkan..leh lar kuar shopping ngan diorang...tapi tak tahu lar bos aku luluskan ker idok..sebab opis tak ade orang kan...nak mintak cuti kena tengok mood bos aku dulu....kang tak pasal2 tak dapat nak bercuti...huhuhu.....tiap kali nak mintak cuti gini lar jadinya..cuak semacam.....bila dah bagitahu tue baru rasa lega....apsal ekkk.. taksuka.. taksukaa....

nie baru cuti pra raya..belum cuti raya lagi.....kalau cuti raya aku tak tahu camner lak perasaannya...
 
bosss...tolong luluskan cuti saya......saya sangat memerlukan cuti tersebut...plisss.....bos orang yang sangat hensemmm....aku merintih kat sini pun bukan dia baca pun.... aku ada 4 hari lagi nak bgtahu yang aku nak cuti hari ahad nie....mudah-mudahan moodnya ok...tolong doakan untuk aku yer...

Terkena.....zassss...


tengok drama dalil cinta....drama lakonan amani n fahrin sebagai pasangan suami isteri tue...meh nak citer sikit..biaq korang ingat citer yg mana satu...si amani nie minah skuter...n masih stdy lg...n dia langsung tak pandai buat kje rumah..keje2 seorang isteri...ada skali tue..mereka gaduh n  masing2 buat hal sendiri..nak jadikan cerita si amani nie dah berubah n belajar menjadi seorang isteri yg baik...n pandai buat kje rumah..

Drama nie sedikit sebanyak..terkena batang idung aku sendiri...huahua...yelar..minah skuter...tak pandai masak..n suka buat hal sendiri...yep2....bila tengok drama nie rasa cam tengok diri sendiri..cuma yg membezakannya aku tak kahwin lagi...soo...bila terpikir kan apa yang berlaku dalam drama tue..rasa takut pun ada..tanggungjawab yg besar pada seorang suami..pada keluarga...pada diri sendiri...ngeri beb..huhuhu...tapi tue semua sebelum..selepas pulak sebenarnya sangat best...bukan aku yg cakap tapi member2 aku yg dah kahwin..ngehngehhh(gelak jahat)

Dulu...serius..masak nasi pun aku tak pandai..ko bayangkan lar time study..menyewa..masak nasi slalu hangitt..non ado periuk nasi elektrik tue...nak goreng2 semua bagai aku tak tahu....aku sangat2 pemalas untuk buat kerje2 rumah..cuba ko suruh aku pie beli barang ker..pie kemas2 kawasan luar rumah ker...rajin lar....n law ko ajak aku kuar ker..laju jer aku stuju....

aku start belajar masak time stdy jugak..aku belajar dari junior aku..si mila...budak nie memang sangat2 terer memasak..n banyak aku belajar drp dia lar...dan bila aku start keje..menyewa jugak..time tue lar slow2 belajar masak....aku search kat internet...kadang2 tue..kalau ujung minggu ada rancangan  nasi lemak kopi O..kat situ ada jemput chef2 jemputan..dari situ pun aku cuba2 memasak...chef azli tak silap aku..dia juga pensyarah uitm dalam bidang kulinari..(kalau tak salah aku lar)..

dan sekarang aku masih lagi belajar..dan terus belajar....walaupun tak sehebat chef2 kat luar sane..masakan tue msih boleh dmakan...hehehe..tue yang bagus bila kita duk menyewa nie..otomatik..kita secara sedar tak sedar..kita belajar mengemas..memasak..pendek kata semua kita lar....yelar..sakit mata kalau tengok umah tak  berkemas...walaupun bukan2 ari2..sekurang2nya bila ujung minggu kita akan mengemas...bila buat kerje rumah badan pun sihat....



Cubaan membuat puding gula hangus..

Teringin sangat nak makan puding gula hangus...walaupun tak pernah buat..gigih aku mencari resepi kat internet...yeah..yeah...walaupun first time  tapi hasilnya tidak lar mengecewakan....resepi yang aku ikut tue.memang senang lar..yang bestnya..siap bagi tip-tip jugak...ko follow jer ikut step yang dia bagi tue...
 meh aku share kan...atau nak resepi2 lain KLIKSINI

Bahan-bahan
  • Telur (saiz besar) 7 biji
  • Susu Isian Pekat Manis 1 tin (510ml)
  • Gula Pasir 3 sudu besar
  • Garam 1 sudu kecil
  • Tepung Kastard 2 sudu besar
  • Air 1 cawan (lebih kurang 150~175ml)
  • Loyang bersaiz diameter 15~20cm
Cara membuatnya
  1. Letak gula pasir dalam loyang dan panaskan loyang tersebut dengan api sederhana kecil agar gula mencair. Apabila gula telah cair keseluruhannya, lenggang-lenggangkan loyang supaya gula cair itu merata menutupi permukaan dasar loyang. Tutup api apabila gula cair telah mula berwarna sedikit kekuningan. Ingat, jangan sampai warnanya menjadi benar-benar kuning atau perang. Cukup sedikit kuning sahaja, kerana proses pengukusan nanti akan menjadikan warnanya kepada perang dan cantik. Kalau sekarang sudah perang, nanti proses mengukus akan menyebabkan gula cair bertukar menjadi sangat gelap atau hitam dan berasa pahit!
  2. Masukkan telur, air, garam, tepung kastard, susu pekat manis ke dalam blender dan kisar sampai sebati. Lebih kurang 10 saat sahaja.
  3. Tuang ramuan yang telah diblender dengan menggunakan penapis (saya guna penapis teh) ke dalam loyang yang telah dilapisi gula cair yang telah membeku/keras.
  4. Masukkan loyang ke dalam pengukus ketika air kukusan telah mendidih. Kukuslah dengan api sederhana kecil sahaja. Kukus sehingga 45 minit.
  5. Apabila telah masak, telangkup loyang ke pinggan leper.
  6. Lebih enak jika dihidangkan sejuk (simpan dalam fridge dululah).
Nota:

  • Resepi ini telah diuji kelmarin dan semalam saya buat lagi sebab isteri tersayang suka makan puding ni. Ianya sangat mudah dan saya yakin peratus keberhasilannya ialah 99.99%. Cubalah, insya’allah berjaya!
  • Api dapur sederhana kecil ialah api sekadar untuk maintain agar air pada pengukus tetap dalam keadaan mendidih yang paling minima. Bermaksud air tetap menggelegak tetapi dalam keadaan menggelegak yang paling kecil. Sila pastikan sebelum anda meletakkan adunan untuk dikukus.
  • Tujuan menapis ramuan yang telah diblender ialah untuk memastikan agar hanya bahan yang telah benar-benar halus dan sebati sahaja yang dimasak. Ia juga untuk memerangkap dan membuang “tali pusat” telur yang memberikan bau hanyir kepada puding.
  • Sekiranya tiada blender, anda boleh gunakan mixer atau kacau gunakan senduk atau sudu. Yang penting, pastikan ramuan benar-benar sebati.
  • Anda boleh juga menambah Esen Vanilla atau Esen Pandan untuk mendapatkan aroma yang lebih wangi pada puding tersebut.
  • Bagi yang nak 100% telur tanpa tambahan tepung kastard, boleh juga. Jangan risau, tetap menjadi puding anda itu. Cuma teksturnya kurang gebu dan lebih padat. Namun tetap lembut dan sedap!
  • Garam ditambah untuk memberikan efek rasa yang “lemak” bukan masin. Ada sesetengah resepi yang lain tidak menambah garam. Tapi saya sarankan letakkanlah garam dan ikutlah sukatan yang disyorkan.
  • Kalau nak kurangkan manis, kurangkan la sukatan susu pekat manis tu. Gantikan guna susu cair atau apa-apa susu lain la tapi kena bubuh gula la jugak sebab supaya manis. Pandai-pandai sendiri la nak adjustkannya!  
  • sambutan raya kot!!



    aku dapat tiga bekas bulat kalau ikut acuan nie..alar bersamaan dengan pinggan lar...kalau ko beli sabun serbuk daia ko dapat hadiah pinggan kan..besar pinggan tue lar...bekas pertama rasa cam gula dia tue terhangit sikit..so rasa pahit lar..bekas kedua dan ketiga tak rasa lagi....tapi harap2 boleh makan..hehehehe..

Saturday 28 July 2012

Aktiviti Hjung Minggu

Assalamualaikum...

aktiviti hujung minggu nie...adalah mengemas rumah...rumah dah hampir2 macam kapal pecah....w/pun duk sorang tapi umah tetap tak berkemas...nasib lar sape kahwin ngan aku...aku memang pemalas melampau..hahaha....maw mop lantai...maw buang sesawangsesawang..maw basuh baju2...n sumpama dengannya...cuti hujung minggu jer dapat buat kerje2 camnie...hari kerje memang xdapat lar...

Aku ingat hari ini nak pie bayar bil telefon...n terus singgah bazar ramadhan...cari apa yang patut...pie cucimata kat econ pun ok jugak...tengoklar tahap kerajinan ku camaner...ok lar nak pie sidai baju..mesin basuh tue tak bhenti dari tadi lagi..dah kali ke tigaa.....bayang kan bape banyak baju aku basuh.....hehehe...

Layan si Rasyad main gelongsor


video time aku halfday haritu aku lepak kat taska....
yep..menenangkan jiwa ditaska..
layan budak2 nie leh hilangkan stress kita...lupa seketika pun tak aper...
melayan si Rasyad...tapi lawak ok..nak turun dari gelongsor siap ade budak lain tolong tarikkan..
huahua..sakit perut aku gelak...

Friday 27 July 2012

Seorang Isteri ....

♥ Untungnya menjadi seorang isteri.. ♥

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8 ) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”. Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu “TAAT”
 soo..sape yang tak kahwin lagi...silasila lar.....
termasuklah diriku ini...:))

Thursday 26 July 2012

Sesangat short

Hari ini ada majlis berbuka bersama MITI...masih dalam dua lagi nak pie ker tak...kepala ngah pusing...tapi bos dah bgi warning untuk pie....omg..kang tak pie murka ngan bos....harap2 aku punya kpala ok....n badan pun tak bape nak sihat....jangan lar demam.....pepun selamat berbuka untuk semua...n kepada pemain2 olimpik..selamat berjuang...moga kejayaan milik anda...:))

Si Nana merajuk


Video si nana..merajuk..merajuk sebab ape tak pasti....si kakak aka alya yg ambik video nie...
abaikan suara sumbangbambang tue...

Aku mimpi dia...

memang tak best bila time tidoo diganggu oleh mimpi2 yg tak bape nak best...rasa cam stress sangat....bukan mcam lg dah..tapi memang stress..lepas tue mula lar datang macam2...bermain dalam fikiran...daripada nak tidoo terus segar bijik mata...coooiii r....

alkisahnya hari tue aku termimpi pasal ex aku...bukan dia sorang tapi ngan bini2 dia muncul lam mimpi aku..aper kess..dan yang tak leh blaa nya..bila aku siap wish congrat lagi...terus terjaga dari tido n sentap sengsorang...aku syakkan..nie lar balasan pie terjah fb ex sendiri......huahuahua...aku saje jerr nak tgok2 wall dia kan..saje..sukahati...bukan apa pun...wall bini dia pun aku ade jugak pie terjah2...dannn dia masih sweeett cam duludulu....ok terus terpikir..apsal ekk aku tak kahwin ngan dia...soal jodoh kan...kita hanya merancang..yang di atas menentukan segala2nya....

selalunya Allah akan temukan kita dengan orang yang salah dulu sebelum temukan kita dengan orang yang sebetulnya...yep..aku percaya..setiap yang berlaku ada hikmahnya...apepun aku tetap doakan kebahagian dia..doakan kesejahteraan dia...sentiasa doakan yg terbaik untuk dia...:))

Senyum tak perlu kata apa-apa...:D



Dejavu Di Kinabalu

Berbuka Puasa di syam..rindu time nie...

 Assalamualaikum...
korang ada tengok tak  drama DejavuDiKinabalu..tv3 tue..jam 7pm tue...best kot citer tue...
tapi memang feeling habis lar.. citer tue sangat sweett jer..n kadang2 terberangan syokk oo dapat pasangan yg sweet cam amar n yg sangat baik hati macam bazli...terus jadi dunia nie aku yang punya..hahaha..
tetiba jer kan...tak lama lagi citer nie dah habis...tak silap aku lar 02 Ogos...n ending ditentukan oleh peminat...saje nak buat kelainan..pihak tv3 buat undian untuk tentukan sapa nadira akan pilih..
samada amar @  bazli....bagi aku.. siapa2 pun boleh jadi..
tapi boleh ker tak biaq dua2 jadi pasangan si nadira...memang takkan lar kan..
ok lar..sapa2 nak tahu lebih lanjut  KLIK SINI

layan gambar pelakon Dejavu Di Kinabalu...
 


Bonus Raya!!!

Assalamualaikum.....

Aku rasa semua penjawat awam dah taw pasal PM nak bagi bonus untuk raya....dah kecoh pun kat fb malam td...yezzaa...rezeki..rezeki.. alhamdulillah...ok lar..sekurangkurangnya boleh topup mane yg ptut..mana2 yang terkurang....so apa plan korang untuk bonus tahun nie.....takmaw membazir..
takmawtakmaw..tuhan marah....apapun jangan lupa mereka yang tidak berkemampuan...rezeki yg kita dapat jika kita share..insyaallah..rezeki kita makin hari makin bertambah....aku ada uploadkan surat daripada PM berkaitan bonus untuk penjawat awam....


raya tahun lepas kot untuk pelajar2...




Wednesday 25 July 2012

Roh di bulan Ramadhan

- sharing daripada email rakan seperjuangan -

Roh di Bulan Ramadhan

Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk
kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka.Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus dipenjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari  orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah. 

Sebarkan e-mail dakwah ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. Ini bukanlah ancaman surat berantai. Yang jelas jika anda tidak meneruskan e-mail ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh. Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan dari Allah.  Mari berlumba dalam kebaikan.

Kosong by Najwa Latiff

Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong...kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong...kosong

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar

Kosong...kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong .. kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong...kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong...kosong

- aku suka bait2 lagu yang aku merahkan tue...macam kata2 semangat gitu... -

Jenisjenis syaitan yang dirantai ketika bulan Ramadhan


Iblis laknatullah itu sendiri.


Zalituun (anak iblis) – Pakar dalam hal menggoda manusia ke arah sifat membazir dan bakhil.


Wathiin – Pakar dalam mendorong manusia berpra-sangka buruk dan putus asa terhadap Allah.

A’awan – Pakar yang ditugaskan khas dalam menggoda raja / pemimpin besar supaya bersikap sombong dan takbur serta zalim terhadap rakyatnya.

Haffaf – Pakar dalam menggoda manusia meminum arak / khamr dan benda memabukkan.

Murrah – Pakar dalam melalaikan manusia dari mengingati Allah dengan muzik, hiburan,gossip dan segala
benda yang melalaikan.

Masuud – Pakar dalam membinasakan manusia melalui kata2 fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja dosa yg muncul dari lidah dan mulut.

Daasim – Pakar dalam merosakkan rumah tangga manusia dan menggoda ke arah zina dan maksiat.

Walahaan – Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

Lakhuus – Pakar dalam menyesatkan akidah manusia dengan menyembah api, batu berhala, bintang dan lain2.

Mereka inilah adalah 10 jenis syaitan yang dirantai di bulan puasa dan dicampakkan ke dalam lubang yang paling dalam dan gelap di laut. Mereka ibarat kerabat diraja Iblis yang berdarah tulen dan mempunyai kedudukan hirarki tertinggi dalam sistem pemerintahan Iblis.

Mereka diberi umur yang panjang sehingga akhirat dan di bawah mereka ada askar2 jin dan syaitan yang bertugas untuk menyesatkan manusia.Bila mereka dirantai, anak buahnya masih lagi bebas di bulan puasa tetapi hilang arah tuju seketika kerana tiada sesiapa yang menjadi ketua. Ibarat askar yang tiada jeneral, mereka lebih lemah dan kurang upaya mengganggu manusia berbanding sebelum jeneral2 mereka diatas ada di atas bumi..

Wallahua’lam.


share daripada FACEBOOK

Tuesday 24 July 2012

Perbandingan Sebelum Puasa dan Menjelang Berbuka Puasa




- kena atas batang hidung sendiri -
ngeh..ngehh..ngehhhhh

Oh minit


Assalamualaikum...
Tengah gigih menyiapkan minit mesyuarat yang mengejutkan tueee...
bos aku suka buat meeting2 mengejut nie....sangat2 suka.....
yang bestnya dengan aku2 sekali kena masuk meeting...
otomatik minit2 harus ada..haru biru seketika....dengan pjbat tak ada staf..
mana nak jawab call..mana nak layan org datang....
nasib puasa..tue yang relex jer kannn...hikmah puasa..ecece...dandan jer ko kan..
aku tak idea tue yg berblog kejap...mana taw..tetiba idea datang mencurah2...
nak siapkan minit ibarat macam nak hantar surat kpd si kekasih...
berjamjam..berharihari..bermingguminggu...

Si Nana & Si Rasyad



persamaan kedua2 mudah terpengaruh...
Si Nana anak kepada pensyarah tempat aku kerja...dan salah seorang kanak2 taska...kalau ko dengar suara dia....alahaiii...manaja betulll...geramm oo...nanti aku upload video dia nyanyi...
& Si Rasyad...aritue aku pasang video cerite cartoon teletubbies..(salah ejaan nie)..n cartoon pingu...
sekali asyik berjoget ajer budak nie..pastu jalan cam pingu..adohaaaii..
dua2 aku geram...

Monday 23 July 2012

Selamat Berbuka Puasa...


short entry..mesti korang semua dah ada depan meja makan kan..
cuma nak maklumkan..
cheezy powder yang aku tempah dah sampai...
kecooh giler kan...
yabedabedoo...balik nie leh try buat..jika kerajinan aku berlipat kali ganda..hahahahhaa..
nanti kalau menjadi aku uploadkan...
kalau tak aku diam2 ajer....
selamat berbuka puasa semua...

Dasyatnya Doa Seorang Ibu

Assalamualaikum Semua,  
                                                                                            
Satu ceramah bertajuk "Dasyatnya Doa Seorang Ibu" oleh Ustaz Abdullah Mahmud, bekas ustz ATM sungguh menarik dan jarang kita dengar.  So kepada semua pengalamat luangkan sedikit masa berharga dengan membaca sedutan ceramah istemewa ini untuk kita sama2 hayati dan amalkan sekadar mampu. Di takdirkan anda malas juga nak baca, saya harap bacalah juga pada bahagian yang ada tanda **** ..

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita.  Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik.

Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah.

*** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata.  Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.                          

Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.                          

Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka.
   Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
   Membaca quran sehingga menitis air mata.
   Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata.

3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
   Anak.                          
   Ibu.                          
   Suami.                          
 
Sebagai Selingan Kata ustaz lagi, kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk lah muka laki kita tika dia tidor - kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada timbul rasa itu semua - maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed apa yang patut.. J

Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira menangis dalam hati je..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang lah ibumu selalu.                          

Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu.

Kalau ada niat yang baik teruskan lah.. Allah akan bersama kita.

Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi 
e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai.

*** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik terlebih dulu.                          

Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita.  Kaedah tu dipanggil “wasilah amal” .
    “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”.
   *** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab.  Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal  yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita.
                          
Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah.

Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, lps tu bicaralah dengan Allah..
   “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini” .
   “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini” .
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.  

*** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka.  Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati.   Jadi doakan ibu kita jika ianya telah tiada.

*** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup. 
Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket...sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawinkan”  atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..”  Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana .

Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam!  Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini”  Jadi, jangan lupa bagi salam pd mereka.

Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.                          

Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah.  Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!.                          

*** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah.  Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”.   Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana .

Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.                          

*** Allah panjangkanlah usia ibu bapaku supaya dia sakit dan nyanyuk..ini bertujuan memberi syurga pada anak2nya.  Doa ini bukan bermaksud minta mereka sakit or nyanyok..ironinya keadaan demikian membolehkan anak2 berebut mahu menjaga merika disaat merika dlm keuzuran itu sbb balasannya adalah syurga.  Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita.  Besar sangat pahalanya.

Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita.                          

Selalu Bergaduh Dengan Ibu
Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka. 
Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak.  Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar. Saka dipindahkan melalui Kasih sayang/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan. 

Symptom terkena saka:
Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena.                          
Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar.
Susah nak dapat anak, senang gugur.
Ada rasa kelibat orang lalu.
Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam. 
Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan.                          

Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.

3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia.                          

Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan.

Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari.

Anak Lari Dari Rumah
Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.                          

Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya.                          

Anak Degil
*** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala panggil ROH ANAK
   Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia. Respon dari org yang dah try sungguh menakjubkan setakat ni alhamdullilah kebanyakannya menjadi. Contoh kalu kita nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.

So sama2lah kita praktikkan apa yang mampu dan jangan sekalipun kedekut memanjangkan mail ini kepada sedara seagama kita. Wallahualam....
[] smpikan ilmu ini kpd yg lain wlupun satu ayat

- perkongsian bersama-sama -

Hampir menitikkan airmata ketika membacanya..;)

Contest Raya by Sepet

Assalamualaikum...

Bila jer dapat taw si Sepet nak buat contest....yeaahh..nak join..nak joiinn..perkara pertama yg aku nak buat time masuk kje pepagi sok..buat entry..buat entry...yabedabedoo..beg free..beg free..walaupun belum tahu dapat ker idok..janji aku dah cuba....kalau menang..melaram lar aku dgn beg baruuuu time raya nanti...nanti bergaya sambil angkat2 kening...pastu suh cameraman fokus pd beg sesajor....koo ade...huahuahua....

Tetapi ada syaratnya...ko ingat freee semata2..barang baik punyer..cannot2...jom baca...aku copycut paste jer dari blog si sepet tue...sebulat2 aku copy..dasar pemalaskan..

1. Letak banner Sepet Shop kat sidebar blog korang, dengan ber-link kan http://sepetshop.blogspot.com. Banner tu mestila ada kat blog korang sehingga 10 Ogos 2012. Tak lama pun, tak sampai sebulan. Tapi kalau nak letak lelama apa salahnye..Hehe! Copy gambar ni


- done -

2. Lepas tu korang kena Like facebook SepetShop , sebenarnya aku baru buat, hahahaha! Takde apa lagi dalam tu, aku upload gambar je. Tengah berusaha nak siapkan. Jadi suruh korang like dulu takpe kan..ahaks! Marilah membantu saya merialisasikan impian saya nak tengok beribu2 orang like facebook SepetShop tu, ahaks! Angan2 tinggi, poyo!

- done -

3. Buat satu entry, entry yang sangat sedih. Aku nak tau cerita sedih korang, kenapa korang nak beg tu sangat-sangat. Sama ada korang takde duit ke, korang kena sara hidup adik2 sampai 11 orang ke, korang kehilangan dompet ketika nak beli beg ke. Tapi cerita tu mesti la sedih. Huhu! Nak reka cerita sedih tak kisah la macam mana sedih tu, update kat blog korang. Yang paling sedih akan menang.

- bab nie aku fail sikit...entry sedih2 nie kurang sikit lar..tapi beg free nyer pasalkan...aku pernah shopping beg dekat Sepetshop ..tapi dah lame kot xshopping beg..bukan sebab xpuas hati dngan kualiti begnya tapi tidak lar bekesempatan nak beli.....duit tak sempat oiii...bnyak nak pakai duit sekarang nie...dengan adik2 aku yg sambung belajar sekarang nie...dengan macam2 lar....jadi aku mendahuluikan yg mana2 yg berkepentingan dahulu....shopping lain kali boleh...lagipun Sepetshop selalu jugak update beg baru2...walaupun bukan selalu...tapi tetap uptodate...tak terbeli kadang2 tue...sebabkan dah lame tak shopping beg..aku tak ade beg baru nak bergaya dihari raya...sediihhhhhkann...sekurang2nya bila dapat beg free...bajet untuk duitraya leh up2 kan sikittt.....janji ada dari tak ada..-

- done -

4. Dan di akhir entry korang tu, suruh readers korang Like Sepet Shop , dan suruh dorang join contest ni sekali =) Maklumat lanjut boleh ke Blog Sepet The Gojes, haha!

walaupun aku takada readers tapi aku syakk ada jer yg baca..huahua...confident giler... so korang2 yang disayangi dan dikasihi...sila lar join contest nie...dan jangan lupa like fb Sepetshop ...

- done -

Untuk makluman korang2...juri adalah si Qery...kalau nak tahu sape si Qery nie...
sila baca blog si Sepet  tapi si Qery pun ada jugak blog Si Qery

Tarikh last buat entry 27 Julai 2012 dan pemenang akan diumumkan pada 
13 Ogos 2012 jam 9.00 pagi bersamaan hari isnin...

Dan si Sepet jugak ada sediakan untuk ahli2 fb join contest  nie..

akucopycutpaste ajer..
----------------------------------------------------------------------------------
OKEY NI UNTUK PARA AHLI-AHLI FACEBOOK PULAK. 
(terbuka juga kepada blogger yang ada facebook)
Aku tau korang takde blog, tapi korang nak jugak merasa handbag free. Ok boleh la. Tapi korang pun ada syarat-syarat jugak. Biasalah syarat nya simple aje ke. Jangan ragu-ragu untuk join k
1. Like Sepet Shop di facebook, boleh klik kat link yang aku highlight kan tu.
2. Share gambar-gambar beg yang aku upload kat facebook tu. Kalau nak tag kawan-kawan korang pun boleh. Sebab aku kan pemalu nak tag orang. Kihkihkih!
So aku akan cabut undi, sapa yang bertuah akan dapat la beg tu. mungkin lagi banyak korang share lagi senang korang nak jadi bertuah kan...hikhik!
Tarikh akhir untuk korang adalah lebih sikit, sampai 10 Ogos 2012.
Pemenang akan diumumkan pada 13. Ogos 2012.
-----------------------------------------------------------------------------------
 Hadiahnya tentulah Beg yang bernilai seperti dibawah..

Hadiah untuk bloggers

Tempat pertama Beg bernilai RM220
Tempat kedua Beg bernilai RM140
Hadiah untuk ahli2 facebook
Tempat pertama beg bernilai RM220
Saguhati untuk 5 orang (shawl yang gojes)
Link-link yang berkaitan :
last but not least 
aku dah join..korang bila lagi....
tak rugi pun mencuba...



Sunday 22 July 2012

Majlis Penyerahan Kurma kepada Staf UiTMCK

Majlis berlangsung pada 19 Julai 2012 di Foyer Pentadbiran, UiTMCK..
Dirasmikan oleh Timbalan Rektor (HEA)...
majlis sangat lar simplepimple....
Layankan ajer gambar2..aku puasa hariini...soO cam aku sowrang puasa kan..hehehehe...
maaf gambar tidak mengikut susunan...
puasa...ampunnnn..:))










Saturday 21 July 2012

Dian Cheeze...

Suka makan cheezy wedges??
Hantu cheezy wedges???
Suka mencuba???
atau bukan seperti diatas...ape2 pun boleh..

korang tentu biasa makan cheezy wedges kfc tue kan..jngan cube menidakkan....memg aku tak kan percaye punya....sekurang2 pernah cuba makan skali seumur hidup..tak makan langsung ook tapi itu over.....tapi yg memg xmkan tue xper....aku upload pict...okk baru tgok pict aku memang dah terliur...aku memang minat giler ngan mende alah nie...lagi sedap bile letak sos cili atas diaa...memeang terbaik...superduper..rasanya...


sekarang nie law ko terasa nak makan ko pie buat sendiri..sekarang nie dah ada jual cheeze powder....cheezy powder ataupun Dian Cheeze nie merupakan produk daripada Dianpixy Enterprise... korang nak..bancuh jer sendiri...bila2 pun boleh....jimat masa tak perlu ke kfc lagi semata2 nak makn cheezy nie....aku baru jer beli 2 paket....tak sabar nak buat..nyummy..nyummy...Respon daripada pembeli sangat memeberangsangkan....tak sabar..tak sabar nak try...buatan sendir...walaupun bancuh ajer...huhuhu..meh aku upload 1 lagi pict cheezy wedges kfc......nasib bukan bulan puasa......


Sementara itu kalau korang nak order...tak sabar nak tunggu respon aku..sila lar ker Dian Cheeze...
nanti aku update bila Dian Cheeze berada ditangan aku....xcited!!!!


Muachhhh..:))


Friday 20 July 2012

Salam Ramadhan

Salam Ramdhan buat semua umat islam...
syukur alhamdulilah masih lagi berpeluang merasai Ramadhan..
Kali ini berseorangan..tapi aku masih ada jiran2 disekeliling yg same bjauhan daripada keluarga..
Insyaallah jika berpeluang kami akan berbuka bersama2..
Moga Ramadhan kali ini lebih bermakna...
Moga Ramdhan memberi seribu satu makna kepada diri kita..
peringatan untuk diri sendiri..
Control segala2nya...makan..minum..mata..telinga..mulut..n lain2...

Kenapa Perempuan Nampak Cantik Bila Menutup Aurat


Bismillahirrahmanirrahim.. ♥

1. Sebab dia nak tutup aurat..

2. Sebab dia nak jaga maruah..

3. Sebab dia nk nampak cantik di mata Allah..

4. Sebab dia taknak tunjuk kecantikan dia pda yg bukan halal..

5. Sebab dia seorang yang pandai..

5. Sebab dia anak jadi solehah..

6. Sebab dia dengar cakap mama ayah dia..

7. Sebab dia hormat dekat orang lain..

8. Sebab takut bila dia tak tutup aurat nanti orang tgk dia cantik.. Pastu ada niat yg tak baik.

9. Sebab taknak diminati ramai sangat lelaki..

10. Sebab taknak menyusahkan orang lain menanggung dosa free..

11. Sebab nanti dia akan dapat pahala..

12. Sebab dapat menghindari maksiat..

13. Sebab supaya dia dpt jadi contoh pada perempuan lain..

14. Sebab supaya lelaki yg beriman je yg suka dia..

15. Sebab dia dengar suruhan nabi & perintah Allah...

16. Sebab rambut perempuan adalah mahkota baginya..

17. Sebab dapat mengurangkan nafsu lelaki..

18. Sebab patuh pada suami..

19. Sebab dia taknak rambut dia ditarik, digantung dgn bara2 api dan dibakar dgn dasyat kat akhirat kelak.

20. Sebab.. Ermmm, kalau ikutkan memang banyak sebabnya.. Tak terkira.
Jadi, sayang sayang semua nak nampak cantik tak?

Jom menutup aurat dengan sempurna! ♥ (^__^)
 
Sekadar perkongsian yang dibaca...
Sumber : Media Network

Jom jadi Warga UiTM

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIA yang
berkelayakan untuk mengikuti Program di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

● Pemohon dikehendaki melayari http://online.uitm.edu.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut, sebelum membuat permohonan.
● Pemohon dikehendaki membeli no. slip melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 2 Julai 2012 (Isnin) dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil) melalui cawangan BSN/Mesin ATM/MyBSN/SMS Banking. (no. slip yang dibeli sebelum 2 Julai 2012 adalah TIDAK SAH untuk permohonan ini).
● Sila nyatakan Peringkat Program (DIPLOMA & ASASI UNDANG-UNDANG/PENERAPAN/ PROFESIONAL) seperti jadual di bawah semasa pembelian no. Slip di BSN. Sila pastikan peringkat program yang betul pada slip yang dibeli sebelum meninggalkan kaunter. Sebarang kesilapan pembelian no. slip, tiada pemulangan bayaran.
● Permohonan melalui http://online.uitm.edu.my/ bermula 2 Julai 2012 (Isnin).
● Tarikh tutup permohonan online pada 26 Ogos 2012 (Ahad).

Pertanyaan:

PROGRAM DITAWARKAN

Dekan,
Nama Fakulti Yang Berkenaan
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
No. Tel : 03-5544 2000
http://www.uitm.edu.my/

PENGAMBILAN DAN KEPUTUSAN PERMOHONAN

Pengarah,
Bahagian Pengambilan Pelajar,
Bangunan UiTM International Centre (UIC)
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
No. Tel : 03-5544 3164 / 3165 / 3166 / 3174 / 3175
www.pengambilan.uitm.edu.my
email : bpp@salam.uitm.edu.my

NOTA:

● Bagi program e-PJJ dan Pengajian Luar Kampus UiTM selain dari di atas sila layari laman web http://ined.uitm.edu.my/

● Bagi program pengajian Pasca Siswazah (Sarjana dan PhD) sila layari laman web http://ipsis.uitm.edu.my/

Peringkat Program
(Sila Nyatakan semasa pembelian no. Slip di BSN) Program Pengajian Sesi Pengambilan Mod Pengajian Kadar Bayaran
DIPLOMA & ASASI

Thursday 19 July 2012

Bowling HotFM 2012

Assalamualaikum..
program bowling nie berlangsung awal tahun hari tue lagi....tapi i tak update pun..cumaaa kepochi kat fb ajer....aku kan memang gila glamer....hahahaha..aku boleh terjoin games nie scara tak disengajakan...time tue aku dgr hotfm kat opis...untuk makluman hari2 aku on9 hotfmnya ok...motippp!!!
aku isi form kat hotfm..lepas tue dia suh isi slogan camtue...xsilap aku kenapa nak join bowling hotfm nie..aku jawab ape entah...lupa sudah....aku sekadar mencuba nasib...

alih2 2 3 hari lpas tue pihak hotfm call..anntara perbualannya lar...ingat2 lupa oykeh..
 kakak hotfm : awk nurul....ada isi form untuk bowling bersama hotfm yer..
aku  : a'a...
kakak hotfm : awak terpilih...tapi disebabkan geng fafau dah penuh..awk join usop punyer team bolehhh..
aku : alar yeke...tapi boleh lar....sy ok jer..janji hotfm punyer team..
kakak hotfm : tema team awk hitam..awk kena ada kat kbmall..pukulll....

alar.aku memang tak kisah team mane pun..sekadar suka2 jer..setiap team ada 4 org (peminat) + 1 org (penyampai hotfm)...team usop pun leh tahan ok..bro megat tue sngt terreerrr....sebab dia lar team kami menang....bukn naib johan @ saguhati tapi JOHAN ok...hahaha..kami menang title Raja Bowling HotFM..suka2...dapat wang tunai RM800..sorang rm200...sape nk bagikan...kami bukan sangat nk menang tp kepuasan tue yg penting....*ayat juara memang camnie...tapi yang pasti comfem kak fafau menyesal tak pilih aku...*kate kauuuuu!!!
walaupun pict dah lapuk..layan kan ajer....:))

sesi pengenalan peminat + penyampai..
 ko tgok core bro megat....takker terrerr tue..*ko ade..




kami menang!!!solesole!!



syukur!!!!!

 bersama FBI yg memang sporting...kepala bkilat ok..:))

 

bersama AG...aku minat giler dia...sejak tgok kat MHI masa mula2 jd pengacara....
ohensemmmm...fifi sukee!!

usop!!

hotfm kelate!!



kak fafau...comel +sweet gitu..

























 sekian...:))
pengalaman yg tak leh lupe...:))
nex time leh join lagi....

PICT : hotfm dan sdn bhd