Powered By Blogger

Sunday 20 October 2013

kisah cuti hari raya


haihaibaibai...
maap tidak berupdate..konon pakai tab untuk selalu update..
tapi hampehhh...plus pemalaskan...
aku taip jer typo aku taip banyak giler typo..
fedup lar ahdikkan...*alasan typo boleh diterima tak.
nanti ada masa aku update tak ingat ..
sampai korang muntah air...hahaha..*gurauu manja jer,,

aritue kan cuti panjang..cuti raya haji dikelantan 2 hari..
so ape lg ambik direct lar..rugi maa..bos cutikannn..
raya kali nie raya di kampung..dah lama tak balik kg kalau raya haji..
selalu raya kat kelantane ajer...siap buat open house bagai...
tapi kali ini kami balik lepehhh...
raya ke2 dah gerak pie kl..adik aku dah start class...pkul 8..
tak paham aku lecturer nie..tak bagi peluang cuti langsung..*eh..emo pulak..
sampai kt kl pukl 6.30pg cam gitu..bertolak pkl 4.00 pagi..
sampai jer kat upm cari masjid maw lelap sekejap..
adik aku abis kelas pukul 9 dia nak pie cari barang..
jadi berehat sebentar di masjid upm...
tido semalaman di kl..terus pie jengka hantar adik laki pulak..
dia ada latihan sukan..tournament kat terengganu..
jauh oykeh..apsal jauh sangattt...
sebab tue lar aku suka jalan highway yg ada rnr...*motipmakan aje..
time odw nak balik tue..ada rakan fb post bg tahu result yg exam bulan 7 haritue dah keluar..
bayangkan bulan 7 exam bulan 10  reslut kuar..
dah macam exam spm dahkan..
maklum lar 1 malaysia...
aku check..alhamdulillah 2 lulus 1 kandas...
aku bajet 2 kandas 1 lulus...*nasib baik tak mengena bajet aku tue..
soalan payah ok..walaupun berkaitan MO..
ari2 guna..tapi guna yg basic ajer..
aku dah lompat bintang...
epy sangat 2 lulus...syukur sangat..
walaupun 1 kandas...next year kita apply lg..
insyaallah pasti berjaya...
lepas nie ari2 kena praktis powerpoint...
aku jarang sangat guna...setakat basic ok lar..
soalan payah sangat..sangatsangat payah..
tapi xper kita cuba sampai lulus..


Tuesday 8 October 2013

menu malam ini

Malam nie aku rasa macam x bape sihat...
Angin semacam ajer...siap berminyak angin bagai.
Rasa xsihat..biasa xlalu makankan..
Tapi aku...makan tetap lalu ajer..
Menu malam ini adalah...
Time study dulu...duit kurangkan..bnyk nk guna..
So aku ambik jenis ko ambik jenis nie..
Nanti kita leh tukar2...dapat member boleh give n take...ok lar kan..nak amalkan gaya hidup macam ini..tapi kalau dapat Yang nak taketake ajer..givegive non adooo..memang tak lar kann...
Not good ok perangai camnie...
memg kena wthhhdf lar kan...
Ok2..sambung balik menu malam nie adalah pama...sape2 yg budak kolej..comfirm taw..
Comfirm kenal....kalau xkenal..plis jngn mengaku budak kolej..wat malu jerkan...
Tue jer mampu nak telan..aku nk buat sup..
Memang xlarat sangat...hurmm..
Tue jer nak story...
pict xleh nk letak ..internetttt seloowww..


kata-kata semangat

Maaf sebab terabai seketika blog ini..
walaupun tahu korang tak menanti pun nak membaca blog nie...
tapi aku tetap akan terus berblog..walaupun kemalasan menguasai diri..
berblog lebih kepada kepuasan diri sendiri..meluahkan apa yang terpendam...
sebab itu kadang2 mengarut2 ...heee....sabor ajerrlaarr yerrr..

hari ini time tunggu a.edy (pengajarku)..aku berfb..biarlah ari2 mengadap fb kannn..
tengok ada coment..dari mantan bos aku...(nama jer mantan tapi still my boss for ever n ever gitu..)
meh aku copypaste..

' Saya doakan kejayaan utk Nadila yg saya kira saorang yang RAJIN, KOMITTED DAN TEKUN DIDALAM MELAKSANAKAN TUGASAN SERTA TANGGUNGJAWAB. Teruskan usaha dan langkah keramat dengan melebarkan alam FIKIRAN DAN KETABAHAN HATI SERTA PENUH KESABARAN. Sentiasa bercampur dgn orang2 yang berjaya. Expose to continuous learning. DOA KPD ALLAH SWT JANGAN SEKALI2 DILUPAKAN KERANA HIDUP INI PENUH DGN DUGAAN DAN UJIAN. Prof dr hussin '

terus i is sebak ualll...aku macam tergamam...aku rasa kalau dia cakap depan2 mahu berderu air mata keluar nie...maw sobsobsob depan dia...mase up kan entry nie..berair mata aku..hati tisu biasalahkan..

bos aku yang nie memang..selalu..bagi nasihat...bagi kata2 semangat...bagi aku pendorong untuk berjaya..bagi aku rasa macam aku boleh buat..aku mampu buat...aku kena buat...kata2 dia tue boleh buat kita lagi semangat...semangat dan semangat...

dia skunk dah pandai berfb bagaikan...jadi sekarang nie selalu post..coment kata semangat kat fb...rasa dekat jer walaupun dia kat negeri lainkan...kalau dulu sms jadi penghubung..skunk fb..canggih + moden bos aku skunk nie...dia dapat ipad...lepas tue leh pulak diorang install angry bird kat dia...boss...bos..(sambil giling2 kepala)..

bila orang tanya aku mana lagi best dato atau dr...dua2 ada kelebihan dia yg tersendiri..dua2 ada cara dia...dua2 ada gaya tersendiri...tapi dua2 suka buat PA dia nie kelamkelibut..PA dia jenis camtu..terima ajer lar...

tak tahannya..bos coment kat pict lame ok..tahun 2012..mesti dia main select jer tue...aku syak lar..hahaha..n dia panggil aku nadila ok..ikut nama fb...dia selalu panggil aku laa..laa..laa..kadang2 adila..adila..adila..

bos bila nak jumpa nie...nak makan masakan datin...hahaha...dapat PA kuat makan nasib lar kan...

jap aku up pict dia..1st time ambik gambar ngan dia...PA dia kan pemaluss sangat...(dushhdushh)








Saturday 5 October 2013

jdt vs trw

 3 ati x berupdate..ade problem dgn chrome aku..sox dapat nk on9..dan mlam nie I lintas langsung Dari kedai makan ok...dah lar mlam nie jdt vs trw..I memg elak kuar time camnie..scary ok...Bingit...bukan jiwa aku..huhuhu...Mak aku semangat ok...itu aku x faham....
Td org tegur..berani dia kata sokong jdt...huh...
so I..no komen..tetiba diorang golll...kiri kanan depan belakang.....omgg...cepat lah mkanan smpai...

Thursday 3 October 2013

nak order abang

Beb...tengok diari AF..tetiba ada si abg aishah datang...Memaglah abg dia datang tetiba menyerang...tapi bg aku tue sikap seorang abg yg take care pada adik dia...dia nk bg adik dia sedar sape laki tue..nampak tak permainannya...
Teruslah ak nie merasa jelesss...sebab aku nk sangat ada abg..sebab akj taw..si abg mestakan take care fmly dia...tapi itu mustahilkann....
jelesss nie..tengok keakraban mereka...
nak jugakkkk...

Tragedi Keracunan Makanan

nie kira macam sambungan kisah entry yg lepas..

Tragedi Keracunan Kenduri Kahwin: Ayam masak merah dicemari bakteria salmonella


Bakteria salmonela dikenal pasti terkandung dalam hidangan ayam goreng masak merah yang disediakan secara gotong-royong sehingga menyebabkan kematian.
Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Ismail Abu Taat berkata, sebahagian daripada 130 bekalan ayam yang dihantar untuk majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai Sabtu lalu juga didapati sudah busuk.

 Tragedi Keracunan Kenduri Kahwin: Ayam masak merah dicemari bakteria salmonella - Terbakor
Menurutnya, hasil laporan siasatan terperinci yang dilakukan mendapati ayam yang busuk diasingkan manakala sebahagian yang masih elok digunakan untuk memasak.
“Ayam kemudian digoreng pada jam 9 pagi hingga 4 petang 27 September sebelum disimpan di suhu bilik,” katanya kepada media di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, semalam.
Ismail berkata, keadaan penyimpanan yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan bakteria merebak selain kaedah menyedia yang tidak cukup tempoh memasak juga boleh menjadi faktor penyakit berkenaan.
 
“Setelah disiasat mendapati, ayam goreng yang dicampurkan kuah sambal pada 28 September untuk dihidangkan kepada pengunjung majlis perkahwinan mengandungi mikroorganisme yang dipanggil salmonella,” katanya.
Ismail berkata, individu yang dikesan terkena jangkitan bakteria berkenaan akan mengalami simptom demam, cirit-birit, perut memulas dalam tempoh 12 jam selepas makan.
“Keadaan ini boleh menyebabkan mangsa kehilangan banyak air dalam badan dan lebih serius boleh menyebabkan kematian sekiranya lambat menerima rawatan,” katanya.
Beliau berkata, setakat ini lebih kurang 270 mangsa menerima rawatan di beberapa hospital di negeri ini dan dua daripadanya masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU).
Menurutnya, di HSAH, seramai 127 pesakit mendapatkan rawatan di mana 38 dimasukkan ke wad manakala 89 sudah dibenarkan pulang.
Daripada jumlah itu, katanya, seorang pesakit berusia 58 tahun berada di ICU manakala seorang lagi di ICU berusia 56 tahun baru sahaja dilaporkan meninggal dunia jam 7.15 malam semalam.
Sementara itu, katanya, di Hospital Daerah Yan, seramai 138 kes dirawat di mana 62 ditahan wad manakala 68 sudah dibenarkan pulang.
Katanya, seramai 18 kes dirujuk di lain-lain hospital.
Ismail bagaimanapun meminta orang ramai yang mengunjungi majlis kenduri terbabit supaya membuat pemeriksaan segera bagi memastikan tahap kesihatan mereka.

Sinar

selamat hari jadi bff

Selamat Hari Jadi B.F.F..
Semoga dipangjangkan umur..
Dimurahkan rezeki..
Dipermudahkan segala urusan..
Happy bersama family tercinta...
dikurniakan kesihatan yang baik..
rindu sangat kat ko..
rindu nak lepak ngan ko..
rindu nak dengar ko potpet2..
dalam loghat tganu...
rindu nak share apa2 dengan ko...
rindu nak mengila dengan ko..
rindu giler..serius rindu...
Banyak dah berubah..
ko dah ada 2 anak dara skunk nie..
tapi aku masih sama....
pepun epy bufday...
thanz jadi sahabat aku selama ini..
thanz bg aku bahu ko untuk kroh2..hee..
love u babeh..miss u babeh...
N.O.E.L.A B.F.F F.O.R.E.V.E.R

Wednesday 2 October 2013

Mati Makan Kenduri


Aku memang cerewet bab2 makan...
Kalau kedai makan tue tak capai piawaian aku..
Memang takkan makan lar kat situ..
Fmly n bff taw aku memang cerewet...
Kalau makanan yg aku order tak habis..
Maknanya xkena dengan selera aku..
Pernah lar aku pie makan tempat biasa makan..
Nasi mentah..aku memang xmakan lar..
Nasib baik member aku abiskan..
Tak membazir...walaupun dia makn membebel
Kat aku..nonstop ok..
Aku bukan suka2 xnak abiskan..
Perut aku sensetip..
macam dia sorang ada perutkan..
Kalau makan nasi mentah..cepat sakit perut..
Pastu serik nak makan..
Pastu kena gastrik..
Trauma lar kononnya...
Sebab tue lar aku sangat cerewet bab makan..
Tetiba ada berita keluar pasal keracunan makanan..sampai mautlah..3 org x silap aku..
makan kat tempat kenduri kahwin..
Bila kita buat majlis atau makan2...
kebersihan makanan perlu diutamakan..
perlu makesure catering itu menjaga kebersihan..
Tuan rumah tak salah bg aku..
benda nak jadikan walaupun kita dah berjaga2..
masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa..
kita doakan moga semua kembali sihat..
Marilah kita sedekahkan al-fatihah kepada mangsa2 tersebut..

Jawatan Kosong di UiTM

Sesiapa yang nak menjadi sebahagian dari UiTM..yang tak nak pun boleh mencuba...
boleh try appply jawatan kekosongan tersebut..
Insyaallah...kalau ada rezeki..dapat...kalau tak dapat kita usaha lagi..
yang penting kita mencuba..mencuba dan berusaha..berusaha...
berdoa..dan terus berdoa...


Jawatan Kosong UiTM 1. Melaka 2. Johor 3. N. Sembilan
1. Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan pentadbiran di kampus baharu Universiti Teknologi MARA (Melaka), Kampus Jasin dan kampus sedia ada Universiti Teknologi MARA (Melaka), Kampus Bandaraya Melaka secara tetap/kontrak.

website: http://melaka.uitm.edu.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=153%3Aiklan-jawatan-kosong&catid=4%3Anews

2. Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap/Kontrak di UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang/Kampus Segamat.
Tarikh iklan dibuka : 22 September 2013 (Ahad)
Tarikh tutup iklan : 7 Oktober 2013 (Isnin)

website: http://johor.uitm.edu.my/v2/component/content/article/1-latest-news/822-iklan-kekosongan-jawatan-pentadbiran-uitm-cawangan-johor

3. Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan
dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap/ Kontrak di UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus
Seremban 3 / Kampus Kuala Pilah

website: http://nsembilan.uitm.edu.my/V2/

Pramugari Koma di Tanah Suci

aku share daripada FB..

Untuk peringatan kepada diriku..kepada kita semua..

Moga menjadi pedoman kepada kita semua...

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

MESTI BACA ! KALAU TAK BACA RUGI

Pramugari koma di tanah suci .

Untuk renungan bersama ......

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah sambil menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik.

Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku semasa saya menguruskan satu rombongan haji.

Ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.

Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit.

Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.

Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "Jemaah ni sakit” kata saya pada jemaah-jemaah yang lain.

Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.
Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

"Badan dia panas dan menggigil. Jemaah ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia ke hospital," kata saya.

Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ.

Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.

Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal.

Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.

Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan.

Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.

Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri.

Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu.

Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah.

Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.

Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah.

Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma.

Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya.

Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak.

Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan mahramnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??

Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa Puan menangis?"

“Ustaz….saya taubat dah Ustaz. Saya menyesal, saya takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Saya bertaubat, betul-betul taubat."

"Kenapa pulak ni puan tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga.

Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu.

Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua.

Katanya, "Ustaz, saya ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi saya silap. Saya ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja.

Ibadat satu apa pun saya tak buat. Saya tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat saya dan suami saya tak buat.

Rumah saya penuh dengan botol arak. Suami saya tu saya sepak terajang, saya pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.

"Habis yang puan pergi haji ini?"

"Yalah...saya tengok orang lain pergi haji, saya pun teringin juga nak pergi."

"Jadi apa sebab yang puan menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang puan alami semasa sakit?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan,

"Ustaz...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, saya telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah saya buat selama ini.

"Betul ke puan?" tanya saya, terkejut.

"Betul Ustaz. Semasa koma itu saya telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada saya. Balasan azab Ustaz, bukan balasan syurga.

Saya rasa seperti diazab di neraka. Saya ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut saya ditarik dengan bara api.

Sakitnya tak boleh nak saya ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit saya minta ampun minta maaf kepada Allah."

"Bukan itu saja, buah dada saya pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini...putus, jatuh ke dalam api neraka.

Buah dada saya rentung terbakar, panasnya bukan main. Saya menjerit, menangis kesakitan. Saya masukkan tangan ke dalam api itu dan saya ambil buah dada tu balik."

Tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari.

Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.

Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya,

"Hari-hari saya diseksa. Bila rambut saya ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak saya terasa seperti menggelegak.

Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan."

Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.

Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya.

Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.

"Ustaz...saya ni nama saja Islam, tapi saya minum arak, saya main judi dan segala macam dosa besar.

Kerana saya suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu saya telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam.

Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja, tapi saya perlu makan buah-buah itu sebab saya betul-betul lapar.

"Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong saya dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut saya.

Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita.

Habis saja buah-buah itu saya makan, saya diberi pula makan bara-bara api.

Bila saya masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan saya rasa seperti terbakar hangus.

Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.

Selepas habis bara api, saya minta minuman, tapi...saya dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah.

Baunya cukup busuk. Tapi saya terpaksa minum sebab saya sangat dahaga. Semua terpaksa saya lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah saya alami sepanjang saya hidup di dunia ini."

Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah.

"Masa diazab itu, saya merayu mohon kepada Allah supaya berilah saya nyawa sekali lagi, berilah saya peluang untuk hidup sekali lagi.

Tak berhenti-henti saya memohon. Saya kata saya akan buktikan bahawa saya tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu.

Saya berjanji tak akan ingkar perintah Allah dan akan jadi umat yg soleh.

Saya berjanji kalau saya dihidupkan semula, saya akan tampung segala kekurangan dan kesilapan saya dahulu, saya akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini saya tinggalkan."

Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.

Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak.

Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.

"Ini bukan mimpi ustaz. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali.

Saya bertaubat Ustaz, saya tak akan ulangi lagi kesilapan saya dahulu. Saya bertaubat... saya taubat Nasuha," katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak.

Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

"Puan...yang puan sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Puan kena jaga juga kesihatan diri puan. Lepas sembahyang Isyak tu puan baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.

"Tak apalah Ustaz. saya ada bawa buah kurma. Bolehlah saya makan semasa saya lapar."

Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.

Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula.

Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.

"Tak boleh Ustaz. Saya takut...saya dah merasai pedihnya azab tuhan. Ustaz tak rasa, Ustaz tak tau. Kalau Ustaz dah merasai azab itu, Ustaz juga akan jadi macam saya. Saya betul- betul bertaubat."

Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Ustaz, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Ustaz ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung.

Cukuplah saya seorang saja yang merasai seksaan itu, saya tak mau wanita lain pula jadi macam saya.

Semasa diazab, saya tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan mahramnya, maka dia diberikan satu dosa.

Kalau 10 orang lelaki bukan mahram tengok sehelai rambut saya ini, bermakna saya mendapat 10 dosa."

"Tapi Ustaz, rambut saya ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut saya, ini bermakna beribu-ribu dosa yang saya dapat.

Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam saya ni??? Allah..."

"Saya berazam, balik saja dari haji ini, saya akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami saya sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat.

Saya nak ajak suami pergi haji. Seperti mana saya, suami saya tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan saya.

Saya sudah bawa dia masuk Islam, tapi saya tak bimbing dia. Bukan itu saja, saya pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut.

Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma?

Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat Nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadith. Adakah ia bercanggah?

Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib?

Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal..." Itu dah terlambat.

REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN

WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."


itulah akibatnya

Hari ini rasa sakit sangat hati aku...
Tue gatai tangan sangat pie stalker wall ex sendiri...
Padannnn dengan muka..
Pepagi..semangat nk pie keje...
Bila tengok terus semangat tue jatuh menjunam..
Eii..apsal dia pie upload pict ngan gf dia..
Saja nak bg aku jeles n jelesssskan..
Cool del..chill del..
Banyak lagi laki lain...
Buang cepat2 perasaan sakit hati nie...
fikir positif...nak dia bahagiakan..


Ya Allah engkau jauhkanlah sikap nie dari diriku..


Comel..

Tuesday 1 October 2013

menu lunch

tadikan lunchkan..aku makan banyak sangat..
jadi nak buat kerja memang macam terseksa jiwa raga eden..
nasi penuhh + ayam halia + tomyam campur + epal
camaner nak kurusss nie..
kat sini mana ada banyak pilihan cafe..
so makan di cafe ajelar kita yer..
tapi alhamdulillah..dapat makan..
 

waktu2 macam nie...sesuai untuk apa????
bila dah kenyang...
petang2..sejuk2 dengan aircond...


Tidooo krohhkrohhh....
anak buah sapa nie....

^__^

Love You Mr Arrogant TV3

Korang layan tak drama..
I Love You Mr Arrogant..

ala drama tv3...setiap hari isnin - khamis..
Pendapat aku..ok lar walaupun starting cam bosan sikit..
tapi lama2 macam..wah bila next eps..xcited over ok..
pelakon aku tak kenal..tak sempat nak kenal..
atau aku yg ketinggalan tak ambik taw
timbul pelakon baru pulak...pesatnya industri hiburan dinegara kitakan..
dan cite nie jugak diaptasi dari sebuah novel..
hasil nukilan Aliesha Kirana
rupa-rupa AK jugak merupakan seorang blogger..

 
suka lar aku dengan drama camnie..
dalam nak sweet2..ada jugak terselit keegooan..
geram nak dush2 si en Zafriel Irham tue...
emo terlebih nie...

gadis nama zaara tue comel jer....
aku semalam gigih nak taw sape sister yg comel itu..
namanya Zara Zya...pelik..
xpernah dengar punkan...
seb baik ada blog si AK..
dan aku google lagi last2 jumpa ini...

Biodata Profil Zara Zya

Nama penuh: Zainurul Razia Bte Mohd Zainuddin
Nama komersial: Zara Zya
Tarikh Lahir: 22 Oktober 1985
Tinggi: 153 cm
Berat: 42 kg
Kerjaya: Pelakon, model

Drama/Telefilem:  Tanah Merah (NTV7), Puisi Cinta Rubiah, Supermak, Tiga Budak Botak - Dua Hari Di Hari Raya, Selipar Jepun Suria, 3 Janji, Enigma, Wasiat Huda, Barat Ke Timur, Kisah Benar, Kudrat, Janji Kita, Suaramu, Kenduri Sakan, Bujang Sepah Lalalitamplom,
Sumayyah, Haryati2, Ais Krim, Roti dan Gol, KItab Rindu Terindah, Kampung Jaguh, Gerimis Yang Calar, Bilik No.13, Gila, Now And Forever

Teater:
Dan 3 Dara Terbang Ke Bulan
Lorong Neraka
Dari Bintang Ke Bintang


Sumber : LirikLaguMuzika
* gambar adalah hasil pencarian Mr Google


sape ek laki psiko tue..aku lupa namanya...
tengok lakonan dia..teringat r..pernah ada laki psiko dalam hidup aku....
sejibik perangai cam dia..
penat taw layan laki camnie..kita cakap A..dia cakap B..
boleh mendatangkan stress..

hanez suraya...kakak cantik yg selalu diberi watak noty2 gitu....
macam dalam citer nie..
cian dia..tapi suka lar tengok dia dalam drama nie..
cantik sangat...comel lak tuee..

aku tak suka mak si Zafriel...poyoss...
standard orang kaya..datin2 memang cam gitu..
cara dia bercakap..cara dia ketawa..
lepastue cara dia pandang si zaara...
geram nak sekehsekeh..
mintak jauh dapat MIL cam gini...

aku nak kena pie cari novel dia...
nak kena jadik koleksi nie..




Dulu dan sekarang


hari tue kelapangan..tak ada kejaaann..i mengumpul pict2 lama sehingga sekarang...
yang mana ada dalam pc boleh lah kita mengedit...
pict yang bawah sekali adalah masa aku study dulu..kiri sekali k..
tahun 2008-2009 kot..
last sem rasanya...time stay kat flat semambu..time nie asyik lar melepak kedai abang char kueh tiaw..
sedap ok...double triple sedap...boleh order untuk kali ke 2..
 tapi cover lar cakap share dua org...
kedai nie selalu teman member aku berdating...aku pun same lar..
mane boleh member sorang jer berdating..takkan maw tengok ajer..
banyak kenangan oOo..time study...lebih2 lagi di flat semambu itu..
yang bawah tengah adalah lepas abis study..

keje di UTMKL semarak nuh..
2009-2010..
handle bengkel review silibus...
bos i straight ok...don belok2...
sangat garang tapi baik hati....
dia jenis tak nak orang pijak kepala dia kalau terlampau baik hati..
aku rasa lar..hee..

yg bawah belah kanan adalah tahun 2010..
bermula kerjaya di UiTM...
nampak kurus pipi i kan...dushdush..
n kemudian makin hari makin kembang..
makan jarang beli..tapi tiap masa makan ajer..camner tue..
kat uitm ari2 ade jer makanan diorang bagi..
dulu meja makan untuk meeting sebelah opis jer..
soo dato lar yg tolong ambikkan..
dia baik hati sangat..+ rajin..tue yg i kembang ajer..
makin mok2...ashhhh...

yg atas belah kiri...time induksi..2011..
kebulatan terserlah disitu..
2minggu makan semua cukup..jadi kita pun bambam...
ati senang tak perlu pikir pasal kerja..

yang tengah atas..tahun 2012..bulan 12..
nie pict time mak sedara aku kahwin...
nak kata kurus lar tue..
jangan terpedaya..semua tektik bergambar dari sudut ats..

yg kanan adalah gambar raya aritue..
aku tak update pun kan pasal raya..
maklum lar i buzy woman..kadang2 lazy woman..
maapkanlah yer..
banyak baju dah ketat2..kain mengecut kot..
bila nak pilih baju untuk kerja..meraung lar kau...
dah tak ada baju....#sambil hentakhentak kaki..

dan sekarang...kalau boleh nak kurus...
bukan kurus macam bila angin tiup ko pun terbang sekali..
nie kurus yg ok2..sedang2 ajer...
moga harapan menjadi kenyataan...
nasi aku tak berapa teringin sangat...tengok laukkan..
tapi kalau fastfood..i no satu oykeh..
nak keppchiiii.....

sila layan gambar walaupu ia adalah berterabur...



lagi gambar time study..


dan lagi....

nie pict time study..bersama my bff..noura..misss u babeh..

nie gambar last sem..kami hooray2 selepas abis exam rasanya..killer paper..

nie time study jugak..praktikal di mpkb...bila praktikal baru rajin nak bermakeup..

nie pun sama...Ya Allah pipi ker apa tue...

time study..

time study...

UTMKL..bilik bos...datang time cuti..nak setel kerja..setel kerja terus pie TS..membuang duit..

rindu time nie..sedang2 jer badan...masa kat KL..

nie pun sama..lepaking...

nie raya student..umur ngan student tak banyak beza...so kami sekepala..yang best diorang kata aku student..

pict masa kecikk...sangat boyish...xada abang..bila ada abang2 jiran.
kamcing r


time temuduga tetap... :)
 dengan mimi..dulu rempit dengan dia..




Hari kejadian diri sendiri

Selamat Hari Jadi Untuk Siri sendiri..

Lahir seorang puteri jam 7.12 pagi pada 1 Oktober 1988..

Tentu korang kata poyokan wish bufday sendiri..

bagi lar peluang bufday gurl feeling lebih skit..


harapan aku untuk tahun nie..

harapan ker...impian lar... best sikit...

Moga kehidupan aku lebih dirahmati..

Moga kehidupan aku lebih diredhai...

Moga kerjaya aku terus berkembang...

Moga kerjaya aku sebagai PA terus berjaya dengan jayanya..

Moga  kebahagiaan dan kegembiraan mengiringi aku..

Moga aku dipanjangkan umur untuk berada di bumi Allah..

Moga aku dijodohkan orang yang dapat membimbing aku..

Moga kesihatan setiasa dalam keadaan terbaik..

Moga dimurahkan rezeki..

Moga impian aku dimakbulkan...

InsyaAllah..

 

Terima kasih Allah Engkau benarkan aku bernafas di bumi Mu ini..

Engkau benarkan aku menjadi hamba mu..

selama 25 tahun..