Powered By Blogger

Sunday 29 July 2012

Cubaan membuat puding gula hangus..

Teringin sangat nak makan puding gula hangus...walaupun tak pernah buat..gigih aku mencari resepi kat internet...yeah..yeah...walaupun first time  tapi hasilnya tidak lar mengecewakan....resepi yang aku ikut tue.memang senang lar..yang bestnya..siap bagi tip-tip jugak...ko follow jer ikut step yang dia bagi tue...
 meh aku share kan...atau nak resepi2 lain KLIKSINI

Bahan-bahan
  • Telur (saiz besar) 7 biji
  • Susu Isian Pekat Manis 1 tin (510ml)
  • Gula Pasir 3 sudu besar
  • Garam 1 sudu kecil
  • Tepung Kastard 2 sudu besar
  • Air 1 cawan (lebih kurang 150~175ml)
  • Loyang bersaiz diameter 15~20cm
Cara membuatnya
  1. Letak gula pasir dalam loyang dan panaskan loyang tersebut dengan api sederhana kecil agar gula mencair. Apabila gula telah cair keseluruhannya, lenggang-lenggangkan loyang supaya gula cair itu merata menutupi permukaan dasar loyang. Tutup api apabila gula cair telah mula berwarna sedikit kekuningan. Ingat, jangan sampai warnanya menjadi benar-benar kuning atau perang. Cukup sedikit kuning sahaja, kerana proses pengukusan nanti akan menjadikan warnanya kepada perang dan cantik. Kalau sekarang sudah perang, nanti proses mengukus akan menyebabkan gula cair bertukar menjadi sangat gelap atau hitam dan berasa pahit!
  2. Masukkan telur, air, garam, tepung kastard, susu pekat manis ke dalam blender dan kisar sampai sebati. Lebih kurang 10 saat sahaja.
  3. Tuang ramuan yang telah diblender dengan menggunakan penapis (saya guna penapis teh) ke dalam loyang yang telah dilapisi gula cair yang telah membeku/keras.
  4. Masukkan loyang ke dalam pengukus ketika air kukusan telah mendidih. Kukuslah dengan api sederhana kecil sahaja. Kukus sehingga 45 minit.
  5. Apabila telah masak, telangkup loyang ke pinggan leper.
  6. Lebih enak jika dihidangkan sejuk (simpan dalam fridge dululah).
Nota:

  • Resepi ini telah diuji kelmarin dan semalam saya buat lagi sebab isteri tersayang suka makan puding ni. Ianya sangat mudah dan saya yakin peratus keberhasilannya ialah 99.99%. Cubalah, insya’allah berjaya!
  • Api dapur sederhana kecil ialah api sekadar untuk maintain agar air pada pengukus tetap dalam keadaan mendidih yang paling minima. Bermaksud air tetap menggelegak tetapi dalam keadaan menggelegak yang paling kecil. Sila pastikan sebelum anda meletakkan adunan untuk dikukus.
  • Tujuan menapis ramuan yang telah diblender ialah untuk memastikan agar hanya bahan yang telah benar-benar halus dan sebati sahaja yang dimasak. Ia juga untuk memerangkap dan membuang “tali pusat” telur yang memberikan bau hanyir kepada puding.
  • Sekiranya tiada blender, anda boleh gunakan mixer atau kacau gunakan senduk atau sudu. Yang penting, pastikan ramuan benar-benar sebati.
  • Anda boleh juga menambah Esen Vanilla atau Esen Pandan untuk mendapatkan aroma yang lebih wangi pada puding tersebut.
  • Bagi yang nak 100% telur tanpa tambahan tepung kastard, boleh juga. Jangan risau, tetap menjadi puding anda itu. Cuma teksturnya kurang gebu dan lebih padat. Namun tetap lembut dan sedap!
  • Garam ditambah untuk memberikan efek rasa yang “lemak” bukan masin. Ada sesetengah resepi yang lain tidak menambah garam. Tapi saya sarankan letakkanlah garam dan ikutlah sukatan yang disyorkan.
  • Kalau nak kurangkan manis, kurangkan la sukatan susu pekat manis tu. Gantikan guna susu cair atau apa-apa susu lain la tapi kena bubuh gula la jugak sebab supaya manis. Pandai-pandai sendiri la nak adjustkannya!  
  • sambutan raya kot!!



    aku dapat tiga bekas bulat kalau ikut acuan nie..alar bersamaan dengan pinggan lar...kalau ko beli sabun serbuk daia ko dapat hadiah pinggan kan..besar pinggan tue lar...bekas pertama rasa cam gula dia tue terhangit sikit..so rasa pahit lar..bekas kedua dan ketiga tak rasa lagi....tapi harap2 boleh makan..hehehehe..

No comments:

Post a Comment