aku suka tengok si Fikri dalam Hello Bro...tolong masak...
jadi apa2 yang aku baca pasal dia aku akan share..
apa yang aku baca dari Astro Gempak..
kalau dah baca korang senyap2 jer yer...aku selalu ketinggalan..
Jika anda menonton
Helo Bro… Tolong Masak! yang bermula Jumaat lalu pasti mengenali dua
jejaka yang mengendalikan rancangan masakan ini iaitu Zamir dan Nik
Michael. Mereka berdua turut ditemani dengan seorang lagi jejaka untuk
menjayakan rancangan yang baru mula bersiaran sejak hari pertama Ramadan
bermula.
Jejaka
yang dikenali sebagai Chef Fikree atau nama penuhnya, Mohd Fikree Najib
Bin Aznan merupakan bekas pelajar di UiTM Pulau Pinang. Minat untuk
memasak mula timbul sejak berada di tingkatan empat tidak disia-siakan
apabila dia ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di UiTM dalam bidang
Seni Memasak.
Mula
dikesan bakatnya apabila menjadi juri bagi pemilihan peserta MasterChef
Malaysia Musim Kedua di Sarawak. Sejak dari itu, pihak Astro mula
berminat untuk mengandingkan Chef Fikree bersama Zamir and Nik Michael
untuk menjayakan Helo Bro… Tolong Masak!
Ditanya
mengenai kerjasamanya dengan Nik Michael dan Zamir dalam rancangan
tersebut, Chef Fikree berkata dia sangat teruja untuk berganding bahu
menyediakan hidangan lazat untuk selebriti-selebriti jemputan dalam Helo
Bro… Tolong Masak!
“Saya
sangat teruja dan gembira apabila diberi peluang untuk mengendalikan
rancangan ini bersama mereka. Ianya sudah pasti sesuatu yang baru buat
saya kerana dapat berkongsi resepi selain bertukar pendapat tentang
masakan.
“Zamir
dan Nik Michael mempunyai kepakaran masing-masing dalam bidang masakan.
Apa yang saya nampak, Zamir sangat mahir dalam menyediakan juadah
pencuci mulut sementara Nik Michael hebat menyediakan masakan Itali,”
ujar Chef Fikree kepada Astro Gempak.
Adik
kandung kepada Hairi Anak Wayang ini juga sempat menceritakan
pengalaman manis ketika sesi penggambaran Helo Bro… Tolong Masak!
apabila diberi peluang untuk menyediakan hidangan untuk dua juri hebat
dari MasterChef Malaysia musim pertama iaitu Chef Jo dan Chef Zubir.
“Saya
rasa sangat gembira apabila diberi peluang untuk menyediakan hidangan
untuk Chef Jo dan Chef Zubir. Alhamdulillah hidangan yang disediakan
oleh kami bertiga mendapat pujian daripada mereka,” katanya lagi dengan
nada teruja.
Secara
ringkasan, Helo Bro… Tolong Masak! merupakan sebuah rancangan memasak
yang dihoskan oleh Chef Fikree dengan dua bekas pelajar MasterChef
Malaysia musim pertama iaitu Zamir dan Nik Michael. Mereka diminta untuk
menyediakan juadah berbuka, moreh atau sahur untuk selebriti yang
berada di lokasi pesanan mereka.
Sebagai
tanda terima kasih, selebriti-selebriti ini akan memberi sumbangan duit
raya kepada mereka bertiga untuk didermakan kepada badan kebajikan
dalam episod istimewa yang akan disiarkan nanti.
Jadi
jangan lupa untuk menyaksikan Helo Bro… Tolong Masak! sepanjang bulan
Ramadan ini di Astro Prima (105) jam 6.00 petang untuk sama-sama melihat
kepakaran mereka bertiga menyediakan juadah yang enak buat
selebriti-selebriti jemputan.
semua dari SINI..
comelkan..dah lar pakai baju warna ungu...faveret aku..
camner taw nie..suka taw tiru2 aku..wakaka..perasan giler..
ok.terus jatuh hati...hahaha...
fb dia ape ehh..sape taw....
pelajar UiTM jugak rupanya..saya bangga!!!
fikree najib satu sekolah ngn sya.kolah kt lgkwi..knl sgt..dia ne bkn terer memsk je..sume benda leh buat..sukan bola la,memmnh la...sgla ketua dia pegg,ketua pengwas pun dia.peljar terbaik skolah utk spm pun dia.untuk pengethuan dia dh berpunya follow la blog ne jgn frust plak lpas buah hti pengrang jntung dia..kapel msa zaman kolah lg..dia jenis lelki yg setia...kat kolah ngn pompuen nak tak ja ckp..tgk blog ne rean ben al yahya blogspot
ReplyDeleteSuka tengok dia masak...n gelagat dia..hehe..
ReplyDelete