Powered By Blogger

Friday, 31 August 2012

Doa Hari Kemerdekaan Negara

Doa ini dibaca oleh Al-Marhum Syeikh Haji Ahmad bin Muhammad Said,Mufti Pertama ketika pengisytiharan Kemerdekaan Negara di Stadium Merdeka oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj pada 31hb Ogos 1957...Renungan bersama...


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سَائِرَ العُمَّالِ وَالوُزَرَاءِ وَالسَّلاَطِينَ وَالمُلُوكِ وَالأُمَرَاءِ لِرِعَايَةِ أُمُورِ الدِّينِ وَالمُحَافَظَةِ عَلَى حُقُوقِ المُسْلِمِينَ وَإِقَامَةِ العَدْلِ فِى الأَحْكَامِ وَالتَّمَسُّـكِ بِفَضَائِلِ الإِسْلاَمِ،

اَللَّهُمَّ وَأَصْلِحْ بِهِمْ شُئُونَ الأُمَّةِ المَلاَيُوِيَّةِ حَتَّى تَتَرَقَّى وَتَتَقَدَّمَ إِلَى أَعْلَى مَا يَتَحَقَّقُ بِهِ بُلُوغُ الأُمْنِيَّةِ. اَللَّهُمَّ وَانْصُرْنَا مَعَاشِرَةَ الأُمَّةِ المَلاَيُوِيَّةِ وَاهْدِنَا وَسَدِّدْنَا خَيْرَ البَرِيَّةِ وَاهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْـتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّآلِينَ،

اَللَّهُمَّ اكْشِفْ عَنَّا الكُرُبَاتِ وَسَـلِّمْنَا نَحْنُ مِمَّا فِيهِ مِنَ الآفَاتِ وَاحْفَظْنَا مِنْ كُلِّ سُوءٍ وَمَلاَمٍ وَبَـلِّغْنَا كُلَّ مَقْصُودٍ وَمُرَامٍ وَأَصْلِحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ غَيْرِنَا حَتَّى تَكُونَ فِى أَمَانٍ وَسَلاَمٍ. وَفَرِّجْ عَنَّا كُرُبَاتِنَا فَرْجًا عَاجِلاً بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ،

اَللَّهُمَّ كُنْ لَنَا وَلَهُمْ وَلِهَذَهِ البِلاَدِ حَافِظًا مِنْ جَمِيعِ البَلاَيَا وَدَافِعًا عَنَّا وَعَنْهُمْ جَمِيعَ الرَّزَايَا، وَانْصُرْنَا عَلَى الأَعْدَاءِ وَالحُسَّادِ وَاحْلُلْ غَضَبَكَ وَنِقْمَتَكَ عَلَى البَغْيِ وَالفَسَادِ اَللَّهُمَّ وَاحْرُسْ بِعَيْنِكَ الَّتِي لاَ تَنَامُ وَاكْـنُفْ بِكَنَفِكَ وَرُكْنِكَ الَّذِي لاَ يُرَام. اَللَّهُمَّ اِرْمِ رَايَةَ الإِسْلاَمِ مَنْشُورَةً وَمَوَاطِنَ الدِّينِ وَالحَـقِّ مَعْمُورَةً.


Yang bermaksud, Ya Allah! Anugerahkanlah taufiq kepada sekelian pentadbir awam, jemaah menteri, para sultan dan raja, serta pemimpin negara bagi memelihara kehendak-kehendak agama, memelihara hak keistimewaan umatnya, menegakkan keadilan dalam undang-undang dan berpegang kepada keindahan Islam.

Ya Allah! Jadikanlah mereka agen perubah hal keadaan orang-orang Melayu, agar bangsa ini meningkat maju dan kehadapan sehingga tercapai cita-cita yang diidam-idamkan. Ya Allah! Bantulah bangsa Melayu, bimbinglah serta jadikanlah kami menjadi sebaik-baik manusia. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan yang telah Engkau kurniakan kepada umat Islam yang telah menikmatinya, bukan sebagaimana orang yang Engkau murkai dan bukan juga orang yang sesat.

Ya Allah! Hindarilah kami daripada sebarang kesusahan, sejahterakanlah kami daripada segala yang boleh memudharatkan, peliharalah kami daripada segala buruk lagi keji dan tunaikanlah segala yang diharap dan dihajati. Harmonikanlah antara kami dan bangsa lain selain kami hingga kami sentiasa dalam keamanan dan keselamatan. Bebaskanlah kami dengan segera daripada segala kepayahan dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Merahmati segala yang penyayang.

Ya Allah! Jadikanlah bagi bangsa kami, kaum yang lain dan negara ini penjaga daripada segala bala, yang menghalang kami dan mereka daripada sebarang pencerobohan. Bantulah kami menewaskan segala musuh dan orang yang dengki. Zahirkanlah kemarahanMu dan kemurkaanMu kepada orang yang melampau dan yang melakukan kerosakkan. Ya Allah! Awasilah dengan penglihatanMu yang tidak pernah lena dan bentengilah dengan perlindungan dan bentengMu yang tidak mudah diterima.

Sumber : Doa Hari Kemerdekaan

Monday, 27 August 2012

Entry di Raya ke-9

Aku dah start kerja di hari raya ke 8...sediihh betul..biasa aku masih bercuti lagi...tahun nie non ado cuti untuk hakuuu...benci!!benci!!mesti korang yang masih bercuti sedang menikmati lemang..ketupat..kuih muih raya...tapi ada aku keesaahh...*dalam hati nak jugakknakjugaakkk...

kerja sangat banyak..sangat banyak..dengan itu..dengan ini...arghh...tensiioon aku....banyak pulak program lepas raya nie...hadooi..aku jugak lar yg pening.....aku tension jugak pasal berat dah naik...dah lar susah nak turun..tapi sesenangsenang jer dia nak naikk..harap aku kerja sorang2 nie..akan kembaliii kuruss..tapi kurus ker...muehhmuehh..hemoo.hemoo..

entry raya tunggu keadaan kembali normal spt biasa...
okbai..nak sambung buat kerja sentaiasa tak habishabis nie...
>>___<<

Friday, 24 August 2012

Apa kelass pakai ipad..


 hahaha...
gelak gulingguling tengok gambar nie..
takper cap apple gak tue...
 





Thursday, 23 August 2012

Biar Dia Tahu Saya Tak Kisah

Biar dia SALAH SANGKA.. Biar dia SALAH ANGGAP.. Biar dia SALAH MENDUGA.. Biar dia TAHU YANG BURUK.. Sebelum MENGHARAP yang baik²..

Kalau dia IKHLAS, dia akan sedia MENERIMA KEKURANGAN yang ada, dari hanya mengharap yang baik dan sempurna..

Apa guna menghabiskan masa menunjukkan kebaikan, bila dia TIDAK BOLEH MENERIMA KELEMAHAN DAN KEKURANGAN? Biar dia tahu saya tak pandai itu, saya tak pandai ini..

Biar dia tahu, saya mungkin tak dapat memenuhi EXPECTATION dia yang tinggi melangit itu.. Biar dia tahu, saya pernah punya MASA LALU yang tidak sebaik insan lain, namun saya masih punya MASA HADAPAN, itu yang pasti..

Biar dia tahu, biar dia buat keputusan supaya dia tidak rasa TERTIPU dengan apa yang dia lihat sahaja, supaya dia tidak menyesal kelak..

So, tak kisahlah, ada jodoh ada lah kan? trust HIM/HER more.. kita mesti lebih prefered dilihat sebagai diri kita yang tak sempurna.. Biarlah mereka tahu kita tidak tahu itu, tidak tahu ini, dari mereka melihat kesempurnaan kita yang konon kita maha baik & serba tahu dalam semua hal. be yourself is much better then u lie!
 
Ada kebenarannya...*__*


 
 

Wednesday, 22 August 2012

teringat lar pulakss..


sekarang bukan NoBaDy dah..sekarang sudah NoeLa...
mOOd teringat..
>__<

Tuesday, 21 August 2012

Raya keTiga

- kanakkanak taska -


Selamat Hari Raya..
Macamaner raya kowrang???seronok???atau suam2 kuku??atau macam tahun2 lepas??
pepun...
Nikmatinya selagi kita masih mampu untuk meraikannya.. 
Ingat orang yang jauh diperantauan...

p/s: entry autopost..takuttakut korang rindukan aku..huhuhu..
kat kg tenet slooow sangat..
memang takdapat nak update pasal raya lagi...

Monday, 20 August 2012

Raya ke3

Harinie punya citer..melepak di rumah..tunggu org dtg beraya..menu hari raya ke2 adalah roti jala Dan nasi kebuli..nasi kebuli makanan org pahang..aku tak bape pasti..wakkakak..nasi kebuli nie..nasi dimasak dengan rempah macam lada hitm..ayam goreng Dan sambal..tapi kami Ada bust sup..aku tak sure sangt sebab aku bnun pukul 10pg..teruk anakdara nie...hee..tak maw ikut peragai aku nie..teruk!!petg sikit kami pie umah tunangnyamakcik aku...lepas tue..balk umahh..melayan org dtgberaya..malam..keluar pie cari makan..kedah mamak jerlerade bukak..n menu akuadalah toes nmaggie goreng..boleh di term sebab..dah agakk lapar..terima 1 berita bail..1berita kurg baik..yg baiknya..kak Lina selamat melahirkan baby boy..suka2..td Ada mms..pipinya rasa nak gigiitgigitt..hehehhee..berita mutant baiknya..anak kembar sepupu aku..baru meninggal..sebab apaaku tak bape pasti..kami baru 1st time jump a sikembar..yg meninggal nie si abang..Kecik sang bbt nie..kecian..aku nak pegang pun tak berani..akuharap mereka sekeluargatabah..plan esok.pie Kuantan melawat kak Lina n odw balk Ke muar..sangat tak sabar..wahai kaum keluarga sila men anti kamidgn Lenin kesabaran..moga semua berjalan dgn lancar...selamatkan perjalanan kami sekeluarga.

Rindu dekat???


Comel gilerkan budak kecik tue....dengan harapan korang akan puji aku sama...hehehe..
rindu  kat si aifa nie...lama tak kacau dia...lama tak tengok dia nangis....dia nangis makin comel kau...
manja sangat budak nie...kalau ko buat apapun kat dia..senyum ajer...
serius..rindu sangat kat budak nie...
bila maw datang jumpa kakak mu nie...


Sunday, 19 August 2012

Salam Aidilfiti 1433H


Program di Hari Raya..
Hari Raya Pertama di Kuala Lipis, Pahang..
Hari Raya Kedua di Muar, Johor...
Hari Raya KeTujuh baru pulang ke Kota Bharu..
Hari Raya KeLapan sudah bekerja...
Apepun Berhati-hati dijalan raya...
Elakkan pembaziran..

^_________^

Saturday, 18 August 2012

Akhir ramadhan..

Apa kowrang buat??ofcoz buat persiapan rayakan..sama jugak dengan aku Dan keluarga..sebenarnya fmly jer yg bersusahsusah...aku bersenanglenang..wakaka..teruk sangt ank Dara nie...harp bakal mak mertua tak baca statement aku nie...hee..dah la tak rety msk..Tetbe org duk mask sbuk msk aku wat tak taw jer..huhu..pie kjap kat dpur dgn niat nk mmbantu tapi..skit yg dpt..tngn ku kena kuali pnas..kecoohkn..kene skit tp meraung nk bg 1kmpg dengar..sngt mengadakan..aku Ada buat pudding gula hangs...itu jer aku taw buat..hehe..ok lar kn..maknanya laki aku wajib likelike..hehehe..ok lar ntiaku update lg..dadadaaaaa..

Si Fitri lagi

aku suka tengok si Fikri dalam Hello Bro...tolong masak...
jadi apa2 yang aku baca pasal dia aku akan share..
apa yang aku baca dari Astro Gempak..
kalau dah baca korang senyap2 jer yer...aku selalu ketinggalan..

 
Jika anda menonton Helo Bro… Tolong Masak! yang  bermula Jumaat lalu pasti mengenali dua jejaka yang mengendalikan rancangan masakan ini iaitu Zamir dan Nik Michael. Mereka berdua turut ditemani dengan seorang lagi jejaka untuk menjayakan rancangan yang baru mula bersiaran sejak hari pertama Ramadan bermula.  

Jejaka yang dikenali sebagai Chef Fikree atau nama penuhnya, Mohd Fikree Najib Bin Aznan merupakan bekas pelajar di UiTM Pulau Pinang. Minat untuk memasak mula timbul sejak berada di tingkatan empat tidak disia-siakan apabila dia ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di UiTM dalam bidang Seni Memasak.  

Mula dikesan bakatnya apabila menjadi juri bagi pemilihan peserta MasterChef Malaysia Musim Kedua di Sarawak. Sejak dari itu, pihak Astro mula berminat untuk mengandingkan Chef Fikree bersama Zamir and Nik Michael untuk menjayakan Helo Bro… Tolong Masak!

 Ditanya mengenai kerjasamanya dengan Nik Michael dan Zamir dalam rancangan tersebut, Chef Fikree berkata dia sangat teruja untuk berganding bahu menyediakan hidangan lazat untuk selebriti-selebriti jemputan dalam Helo Bro… Tolong Masak!

“Saya sangat teruja dan gembira apabila diberi peluang untuk mengendalikan rancangan ini bersama mereka. Ianya sudah pasti sesuatu yang baru buat saya kerana dapat berkongsi resepi selain bertukar pendapat tentang masakan.

“Zamir dan Nik Michael mempunyai kepakaran masing-masing dalam bidang masakan. Apa yang saya nampak, Zamir sangat mahir dalam menyediakan juadah pencuci mulut sementara Nik Michael hebat menyediakan masakan Itali,” ujar Chef Fikree kepada Astro Gempak.

Adik kandung kepada Hairi Anak Wayang ini juga sempat menceritakan pengalaman manis ketika sesi penggambaran Helo Bro… Tolong Masak! apabila diberi peluang untuk menyediakan hidangan untuk dua juri hebat dari MasterChef Malaysia musim pertama iaitu Chef Jo dan Chef Zubir.

“Saya rasa sangat gembira apabila diberi peluang untuk menyediakan hidangan untuk Chef Jo dan Chef Zubir. Alhamdulillah hidangan yang disediakan oleh kami bertiga mendapat pujian daripada mereka,” katanya lagi dengan nada teruja.

Secara ringkasan, Helo Bro… Tolong Masak! merupakan sebuah rancangan memasak yang dihoskan oleh Chef Fikree dengan dua bekas pelajar MasterChef Malaysia musim pertama iaitu Zamir dan Nik Michael. Mereka diminta untuk menyediakan juadah berbuka, moreh atau sahur untuk selebriti yang berada di lokasi pesanan mereka.

Sebagai tanda terima kasih, selebriti-selebriti ini akan memberi sumbangan duit raya kepada mereka bertiga untuk didermakan kepada badan kebajikan dalam episod istimewa yang akan disiarkan nanti.

Jadi jangan lupa untuk menyaksikan Helo Bro… Tolong Masak! sepanjang bulan Ramadan ini di Astro Prima (105) jam 6.00 petang untuk sama-sama melihat kepakaran mereka bertiga menyediakan juadah yang enak buat selebriti-selebriti jemputan.  

semua dari SINI..

comelkan..dah lar pakai baju warna ungu...faveret aku..
camner taw nie..suka taw tiru2 aku..wakaka..perasan giler..
ok.terus jatuh hati...hahaha...
fb dia ape ehh..sape taw....
pelajar UiTM jugak rupanya..saya bangga!!!

Friday, 17 August 2012

Panduan Solat Dhuha

 Salam Jumaat..
Panduan untuk diri sendiri dan juga kawan-kawan..
Perkongsian dari SINI

Thursday, 16 August 2012

Rumah Oh rumah


Tahun nie..kita raya rumah i..
alasan : tak biasa lagi lar tak raya umah mak..
tahun depan..rumah i..
alasan : u sayang i tak..balik umah mak i yer..lap u..lap u..
tahun seterusnya pun rumah i..
alasan : rumah i kan rumah u jugak..
 wakakaka..
tak maw tak maw camnie...
^__*

Sumber : SINI


Minta Maaf


Black Pepper Cafe

Hari tue kami sekeluarga pie berbuka dekat Black Pepper cafe..
tak pelan pun nak berbuka kat situ..mak aku ajak pie bazar..
aku agak kurang sikit nak beli makanan kat bazar..
trauma..takut sakit perut...tak sanggupp..
jadi mintak ayah aku pie booking..memeang rezeki kami..
kedai biasa jer..tapi makanan dia 1st class oo..
chef dia pun macam cheff hotel...smart..
layan ajer gambar yer..


menu-menunya..rasa cam semua nak..sangat tamak..semua nampak sedap.


macam biasa..menggedik sementara nak tunggu waktu berbuka..


sibuk ngan ipad..tak maw menggedik bersama kami..
 

kami punya mak..mak kami...dengan magzine nya..
 

 macam2 adeeee..


mushroom soup
daripada 10 bintang aku bagi 8 bintang..
 

grill tak silap aku...aku bagi 10 bintang..sangat sedap..


 grill jugak..yg 8 bintang..ayah aku punya makanan..


kami  order chicken chop blackpepper..
tapi ayah aku order chicken chop cheesy mushroom soup....sikit2 boleh lar makan..
nanti cepak muak..sebab dalam ayam tue dia letak cheese..

Sekian cerita di Black Pepper Cafe..

Op Selamat


“OP Selamat” yang dilancarkan pada 10 Ogos 2012 bagi menggantikan “Ops Sikap” secara rasionalnya adalah lebih menyeluruh. Elemen-elemen tabiat dan sikap yang mempengaruhi atau mendorong keselamatan nyawa dan harta benda telah dirangkumkan sekali. Perkataan SELAMAT bermaksud kita terpelihara atau terhindar daripada bencana dan bahaya. Ini juga adalah bersesuaian dengan tujuan operasi ini untuk mengekalkan keselamatan dan kesejahteraan sepanjang musim perayaan, tidak kira di jalan raya mahupun di rumah.

OBJEKTIF:
Objektif utama operasi ini adalah untuk memberi kesedaran serta menanam nilai-nilai murni kepada pengguna jalan raya, supaya sentiasa mengutamakan aspek keselamatan semasa memandu, di samping meninggalkan rumah dalam keadaan selamat apabila pulang ke kampung halaman masing-masing. Ini amat bertepatan dengan tema OP Selamat kali ini iaitu, “Rumah selamat, selamat sampai ke destinasi”.

Untuk tujuan ini, pihak polis telah menetapkan kehadiran polis atau omnipresence melalui Konsep Ronda dan Statik di 150 lokasi-lokasi “black spot”, iaitu kawasan yang selalu berlaku kemalangan. Konsep ini melibatkan pendekatan menggunakan kanopi di R&R dan Lay-by sebagai tempat pertemuan petugas-petugas polis trafik dan lain-lain agensi berkaitan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat. Pada masa yang sama, kanopi di kawasan R&R dan Lay-by ini boleh juga dijadikan pusat sumber maklumat asas bagi pengguna-pengguna jalan raya yang menghadapi masalah semasa dalam perjalanan.

Pendekatan “Ronda dan Statik” ini dijangka akan memberi impak positif kepada kempen keselamatan jalan raya melalui pemantauan lalu lintas. Ianya juga dijangka akan lebih memantapkan keberkesanan polis melalui kehadiran dan peranan polis trafik secara lebih intensif di lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti.

OP Selamat ini juga menekankan kepada keselamatan harta-benda atau rumah yang ditinggalkan selama beberapa hari bagi tujuan balik ke kampung halaman. Ketua Polis Daerah telah diarahkan agar memastikan rondaan cegah jenayah dilakukan dengan terancang dan strategik untuk mencegah jenayah terutamanya pecah rumah.

PENGLIBATAN AGENSI LAIN:
Dalam pelaksanaan OP Selamat, PDRM menggembleng usaha bersepadu melalui Emergency Response Team (ERT) yang terdiri daripada Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kementerian Kesihatan, Jabatan Kerja Raya, Lembaga Lebuh Raya Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam, Persatuan Bulan Sabit Merah, PLUS, MIROS, konsesi-konsesi Lebuh Raya, pihak media, serta agensi-agensi lain seperti Prince Court Medical Centre yang turut bersama membantu PDRM dalam OP Selamat ini. Kerjasama ‘multi-agency’ ini adalah untuk satu matlamat, iaitu meningkatkan keberkesanan kempen untuk mengurangkan kemalangan jalan raya dan kerugian harta benda.

Sebarang permasalahan semasa perjalanan sila hubungi Hotline Op Selamat di 1-800-88-1412 atau Bilik Gerakan Trafik Bukit Aman di talian 03-2266 3356/59.

Apa itu?



Ini namanya colek..1st time makan di bulan puasa..ofcos makan lepas terawih...
rasanya tak kena ngan tekak aku..
macam kureengg sikit..
macam2 dia letak..sotong goreng.ayam goreng..seafood..isi ketam..fishball..
n macam2 lagi lar.....
bulan puasa kebanyakan kedai makan kat sini jual colek nie...


Kisah khamis


Tahun nie tak beraya sakan lar yer..
dapat cuti 3 hari sahaja...
sebelum raya pun tak bercuti...
selalunya tiap2 tahun aku cuti raya 2minggu..
tapi tahun nie tak dapat lerr..
 tahun nie tak ada lar nak makan angin...
no shopping2..no lepaking2...
pejabat tak ada orang..pastu program lepas raya banyakk oo..
3 hari..3 hari lar...
janji ada daripada tak ada...
tue pun sebenarnya bos aku suh masuk kerja raya ke 5..
tapi  aku bgtahu..aku masih dikampung...
dah lar nak cuti pun payahkan..cuti raya pun nak kena catu..
memang tak lar kan..
nasib baik dia paham...
pepun tQ bos...
jasaMu diKenang...
Terima kasih sebab memahami...
Petang nie terus balik lepehhh...
Hati2 dijalan raya..
Pandu cermat Pasti selamat...
Oh..oh balik kampung.....Oh..oh balik kampung...
 *__^


Duit Raya di bulan Ramadhan



 yeye dapat duit raya.....excited...nie untungnya kalau dah kerje tapi belum kahwin..hehehehe..
bos aku bagi....mekasih boss...
  

muka mintak penampor..huahua...pangg sikit.....
camnie lar jadinya bila kene kerje sebelum hari raya..
mood ke lauutt..
jadi bergamboor ajelar..
 

sape nak bagi lagi...mane taw..duit raya leh guna untuk kahwin tahun depan..
lallalalala...
*__^

Wednesday, 15 August 2012

Angkara kekasih panas baran koma dibakar


Mengesan Saspek

Polis meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan saspek berhubung kejadian remaja perempuan 16 tahun yang di bakar di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju, awal pagi semalam.

Nama: MOHD AMIR BIN MOHD ANUAR


Umur : 18 Tahun

Orang ramai yang mengenali saspek bolehlah menyalurkan maklumat ke Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ditalian 03- 21460522 samb. 597 atau mana-mana balai Polis yang berhampiran atau melalui Hotline Polis KL (Rakan Cop) di talian 03-21159999 atau SMS POLISKL ke 32728.

Bila hampir dengan syawal..macammacam yang berlaku...Bagaimanalar perasaan family gadis ini..
Jom bantu sesama manusia..biar nasib gadis ini terbela..

Suka jugak..





Sherson Lian..
Sangat hensem...mukaa melayu....tapi bukan jejaka melayu..
aku pun suka tengok dia...
zasszass..
dah siap pun masakk..
apasal lelaki sekarang pandai masakk???
 


Tersenyum tak perlu kata apa2..

Tersenyum tengok gambar kahwin 'sahabat' aku nie...
Bahagia sangat...terpancar  kebahagian diwajah dia...
cukup buat aku tahu yang dia bahagia..dan 
sememangnya wanita itu layak untuk menjadi isterinya....
.aku tak risau sebab dia dapat seorang isteri yang sangat baik
 dan yang penting pandai masak..
hehehe.....

Kata-kata untuk 'sahabat' 

syukur akhirnya awak dah jumpa jodoh awk...
saya tahu dia boleh melengkapkan hidup awak..
dia dah jadi hak awak yang sah..
jaga dia baik-baik lebih dari diri awk..
tuhan dah rancangkan yang terbaik untuk kita..
ingat dulu  sorang..kini berdua
tak lama lagi bertiga...insyaallah
saya bahagia kalau awak bahagia..
saya sentiasa doakan kebahagiaan awk..

moga jodoh awk berpanjangan dan kekal hingga ke akhir hayat..
cepat2 dapat baby taw...
tak sabar nak tengok junior korang berdua..
Doakan saya cepat2 ikut jejak langkah awk..
^__^

Tuesday, 14 August 2012

14 Ogos 2012

- 1st time bergambar dengan ayahanda -
 

Semoga dipanjangkan umur..
Semoga dimurahkan rezeki..
Semoga dipermudahkan segala urusan...
amin
^__^



susah tidur

Sekarang nie aku susah sangat nak tidoo..stress aku..kita nak tido kena cukup 8 jam..nanti mula lar terangguk2 kat meja kerja..sebelum nie tak macamnie...kerja rilex tapi tidoo tetap awal..tepat pukul 9pm aku dah melepak kat katilll..tapi sekarang..walau pukul 1pg...mata still terbukak n boleh mengadap pc...aiyaa...kalau cuti aku tak kisah..nie hari2 kerja..streesss bila pikir...

Sepatutnya aku tido awal sebab badan penat...yelar bekerja sorang2..tapi lain pulak jadinya...eksen pukul 2 3 pg baru nak terlelap..tak sedar ape sok nak kerja..kalau pie mencucuk bintang takper..nie terperap ajer kat umah mengadap pc...aku syak..aku dah ketagih....ketagih mengadap laptop...mana mata tak rosakkan..kerja mengadap pc..duk umah mengadap laptop..

tolong aku..tak sangguppp...bukan tak paksa mata nie pejam tapi tak menjadi jugak..alih2 telan panadol 2bijik baru jalan..tapi tak maw lar mengamalkanya..tidak baik untuk kesihatan..aku rasa kena tukar cara tido aku...no laptop di katil...agak2 berjaya kaa???

cer cuba..cer cuba...

Monday, 13 August 2012

Suka tengok

- team induksi 2011 -

Suka tengok starting hello bro..tolong masak....
macam seolah2 plastesin jer...comel gitu...
tukang masak pun comel sangat..
suka tengok si fikri dalam rancangan tue..
sempooii..kelakar..suka kenakan geng yang lain..
si nik n si zamir..
ishh..suka r tengok si fikri...
eh..suka jugak tengok diorang masak..
tapi lagi plusplus tengok si fikri..
lalallalaa...
^_^




Ada apa dengan esok


Esok 14 Ogos 2012...
Ada apa dengan esok...
jeng.jeng..jengg...
tunggu entry esok lar yer...
Letak pulak pict siti...
^___^

Hasil tak berapa nak kreatif..


 Antara kad raya hasil edit photoscape...
boleh tukar kat desktop pc..
untuk entry raya pun aku pakai yang nie jugak...
tapi edit sikitt kot..tuepun law perasan...
Mood Raya... 

 



I'm so glad..

- budak mokmok -

Give me more lovin then i've ever had..
make it all better when i'm feelin sad..
tell me that im special even when i know im not..
make me feel good when i hurt so bad..
barely getting mad..
im so glad..i found you..
i love being around you..
you make it easy..as easy as 1,2..1,2,3,4..
theres only one thing..two do..three words..four you..
i LoVe yOu..thers only one way..two say..
those three words and that what i'll do..
i LoVe yOu..gave me more love from the very start.
.piece me back together when i fall part..
tell me things that you dont even tell your closest friends..
make me feel good when i hurt so bad..
best that i've had..i'm so glad i found yOu..
i lOvE being yOu..
>_<

Sunday, 12 August 2012

Penat ohh..sangat penat...

Serius penat sangat hari ini..sangat penat.....
hari2 memang sangat penat..
apa aku mengarut nie...
hari ahad memang banyak sangat kerja...
surat keluar/masuk terlampau banyak...
bos tetiba suruh aku join mesy hari ini..
nasib baik ada kak hasni...
badan sangat2 penat...
ohh...harap aku mampu melakukannya..
chaiyookk dill!!!
bos aku baru sedar pap kami dah cuti...
dah 2minggu bos...baru taw kkaaa...
ok..permulaan yang sangat lesu..
xoxo

I Love You



I'm sorry but I love you
I'm sorry if I miss you
Even if I can't have you
You know I'll always be the for you
^_^

Saturday, 11 August 2012

Bersyukur dengan apa yang kita miliki


Pernah terjadi pada diri aku sendiri...dalam setahun...pernah langsung tak keluar langsung suara...Mula-mula demam..dah ok demam..tetiba pulak suara tak ada...Kadang-kadang tue tak demam..sok pagi tetiba dah tak ada suara.....Ada sekali tue tak ada suara..aku tak ambik mc..sebab aku rasa aku sihat jer..cuma suara jer yang tak ada...masa tue bos lama lagi...dia siap perli baik punya..siap ajuk bahasa isyarat aku..tapi dia yang over lar...hehehe...kalau bos shah alam call..pap aku yang jawab..siap bgtahu aku takade suara...time tue memang nak tergelak pun ada..tapi ada jugak yg tak percaya..

bercakap dengan bos pun aku tulis kat kertas...lepas tue..tak sanggup nak tengok aku tak leh bercakap...call dr kiteorang suruh bagi aku mc...suara dah ada baru datang kerja...Serius memang terpikir..macamane orang bisu boleh survive?aku yang dari boleh bercakap n tetiba diam seribu bahasa..dah rasa stress..sebab tak boleh nak berbual secara normal..

Moralnya..kena bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita...gunakan sebaik-baiknya....Bila Allah dah tarik nikmat..time tue nak menyesal pun dah tak bererti apa2...

kosong..kosong..

kosong..kosong..kosong...
sila baca sambil buat gaya kosong..mcam video najwa..
no idea dipagi hari..
>__<

Jumaat punya cerita

aktiviti aku hari ini ..lepas jumaat pie cari baju raya....memang takkan jumpa sebab...aku tak bape minat nak beli...colournya bukan faveret aku....coklat...tak suka..tak suka...ikut tema makcik aku kahwin...takkan nak beli  2 3 kali kan...jimaatt..tapi masih tak jumpa....dari minggu start pose lagi dah mencari tapi sampai sekarang tak jumpa2..nampak sangat tak berminat nak beli..huahua...

lepas tue..pie check hp..sekali kena format...terus jem disitu...hp kerja pulak tue...mana aku transfer maklumat2 dalam tue...terpaksa beli hp lain dulu..buat sementara..habis bonuss aku raya nie..sape nak sponsor....mintak2 pakcikmakck still bagi duit raya...nak topup balikkk...dah kerja tapi tak kahwin lagii sooo kena bagi..paksaaaaan nie..hehehe..aku syak hp aku merajuk..sebab aku ada bgtahu nak cari hp...tapi bukan tahun nie..tahun depan...takmaw tukar tiap2 tahun dah..membazir,....

malam pulak pie makan colek...taw tak??colek nie yg specialnya hanya ada bulan puasa lar..kebanyakan kedai akan jual colek..colek..colek...ayah aku lar kata...yg kedai aku makan nie..agak tak kena dengan selera aku..huhu..nanti sempat au upload gambar 'colek' tue...

aktiviti bermula selepas jumaat sebab pagi tue aku tidooo...sekalisekala..lalallalaa...
ok bai..nak tido..sok nak cari hp baru..yang murahmurah sudah...


Friday, 10 August 2012

Makanan yang dilarang bagi pengantin baru (wanita)


RASULULLAH S.A.W.. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan :"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda : "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya .

Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian maka Allah mengeluarkan tujuh puluh (70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut...
Laranglah pengantin itu daripada memakan  meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :-
1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam

Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.

"Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) ."Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.

"WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA 
AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."

- Makluman bersama -

Thursday, 9 August 2012

Black pepper cafe

Add caption


Cita-cita Zaman Kanak-kanak




odw pie Rantau Panjang

Kebanyakan budak2 kecik ada cita2...dari kecik lagi ada banyak cita2...sama jugak macam aku...Seingat aku...masa kecik2 dulu...aku nak jadi seorang doktor...doktor bedah....sebabnya..pakcik aku kerja dihospital...seronok jer aku tengok...gaji pun besar...dasar mata duitan kan....lepas tue aku terpengaruh dengan drama dalam tv...bila kita jadi doktor..kita boleh bantu orang2 lain..selamatkan nyawa orang lain....dan sebab tue time sekolah aku masuk Persatuan Bulan Sabit Merah..yelar dari situ ko belajar sedikit sebanyak cara pertolongan cemas...cara ikat bandage...

Nak jadi doktor..kena bijakcerdikpandai dalam subjek sains....aku dah memang out lar bab tue...lepas tue tukar lar pulaks cita2..nak jadi camerawoman...sejak umur bape ek..aku suka beli camera..ada duit simpanan aku akan beli camera...dulukan camera pakai kodak...sekarang camera digital...seingat aku dah 6bijik camera yg aku beli...sekarang nie..aku pakai mr Olym..yeah...baru 2tahun....dia lar peneman setia aku....sekarang nie aku dah angau dengan mr Can....tapi pandang dari jauh lar...jeling2 gitu jer...

Lepas SPM..nak try mintak atma..aku suka tengok tentera udara..cantik kot unifom dia...tapi rezeki tak memihak...time iklan keluar...aku masih dikampung....dan tak sempat nak sediakan dokumen yang dia mintak..macam2 hal lar yang berlaku time tue..huhuhu..

makan malam 1001 warna
Dan sekarang aku seorang setiausaha...memang tak pernah terpikir langsung...dan tak pernah tersenarai dalam cita-cita aku...tak tercapai akal langsung...member2 aku memang tak percaya...seorang yang agak kasar...seorang yang dulu macam ala-ala tomboi....bergelar setiausaha...aku sendiri pun tak sangka..semuanya bermula bila aku sambung study dalam  bidang setiausaha...yg menjadi last choice aku...1st aku pilih bidang fotografi.....iyep..aku teringin sangat nak belajar dalam fotografi nie...

Mula-mula join program nie...aku hampir2 nak berhenti...sebab memang aku tak minat langsung...kena camnie..kena camtue...persis gadis melayu...pie belajar pun macam suka2 jer..tak serius pun...kalau subjek yang aku minat memang aku fokus..tapi kalau subjek yang kureng..memang zero lar..teruk sangatkan..cuma nasib jer aku tak memonteng...senior2 kata awal2 sem jer akan camnie..bila dah kenal n lama sikit baru nampak ciri2 kesetiausahaan itu...nie apa yang aku perhatikan lar..lepas habis praktikal..muka sorang2 nampak lain..asyk bermakeup ajer....baju pun nak yang glam ajer...dan aku antaranya..cuma tak berlebihan lar...

Aku pun tak tahu camner leh bertukar...hahaha..sengalkan...aku rasa dia otomatik taw..bila kita dikelilingi orang yang bekerja..kita akan jadi lebih tercabar..orang makeup ko tak makeup..lebih kurang camtue lar....lebih berketerampilan lar..sekarang nie memang aku dah suka dengan kerjaya setiausaha..cuma ko kena banyak bersabar melayan karenah yang macam2 ragam..kalau orang kata pun..ko pekakkan ajer telinga..masuk telinga kanan..keluar telinga kiri...ko kena straight...tengok keadaan lar...kalau tak comfirm kena pijak kepala...
urusetia di BTN Langkawi
Berharap...aku akan terus menjadi setiausaha yang dihormati..disayangi..berkaliber..berapa lama aku dalam bidang nie sukar nak agak..kalau rezeki aku memihak sehingga pencen...sehingga pencen lar aku menjadi setiausaha..jika rezeki aku ke bidang lain..insyaallah..tuhan dah aturkan yang terbaik untuk kita umatnya...Cuma satu jer aku nak sambung study..ke peringkat selagi aku boleh sambung...selagi bernafas...dan impian nak punya sebuah studio fotografi..dan mendalami lebih duni seni fotografi...

Bak kata yuna..setiap gambar ada cerita....

p/s : entry dah lari dari tajuk sebenar..hehehe...

List kerja sebelum bercuti

Hari Sukan UTMKL - KST
Last kerja pada 16 Ogos..Habis waktu kerja terus gerak balik kg...Dan seperti biasa kena persiapkan kerja2 yang patut..Siap buat list kerja2 yang nak kena setelkan seblum cuti...bukan apa..nanti terlupa..ko jugak yang usah..

a) Siapkan minit mesyuarat
- setkan tarikh untuk next meeting

b) Tarikh kunjugan bigbos ke kelantan
- sambutan hari raya & perasmian bangunan & kunjungan hormat SUK

c) racun anai-anai
- aku penternak yang berjaya...malam2 dengar lar macam2 bunyi...

d) check exam JPA
- 11-13 sept...satu ape pun tak baca lagi..

e) Siapkan pekeling keselamatan
- tiap2 tahun kena remind...wajib..

f) Edaran kad hari raya & sampul duit
- pos kpd semua jabatan dan edaran kpd staf kampus

g) Tukar duit
- bagi pada ayah aku jer

h) ada lagi nanti aku tambah...hehehe..


Assalamualaikum & Selamat Pagi



^_^

Wednesday, 8 August 2012

Exam ISAC

Assalamualaikum...


Aku ada sebutkan pasal exam ISAC di Bukit Kiara...ISAC ialah singkatan bagi IT Skill Assessment And Certification...kalau tak salah aku..exam ISAC untuk Peg.Khidmat Pelanggan n juga Setiausaha Pejabat yang nak sahkan jawatan...kalau nak ttahu pasal exam nie..korang boleh ker page INTAN .. Nota2 semua dia dah sediakan cuma ko perlu baca ajer...100% soalan objektif daripada nota2 tersebut..
bersama madam zaza
Aku tahu pasal exam nie pun time pie kursus..so balik jer dari kursus..aku call pihak INTAN untuk comfirmkan pasal keperluan aku untuk ambik exam nie...bila dah comfirm aku isi borang permohonan...n tarikh yang paling hampir adalah pada 26 Jun dan 26 Julai...mula2 aku ambik yg julai..bila dipikir2kan..aku tukar yg bulan jun pulak..tue pun selepas bos aku membenarkannya.....

soo..bertolak lar aku dari kb ke kl pada 24 jun..pie naik bas jer...sebab last minit tak terpikir aku boleh pie ngan flight..buat ponat ajer...tapi sekurang2nya sepupu aku tak perlu pie ker lcct nun...sepanjang aku disana aku stay kat UIA jer..yep..pendatang di UIA seketika...jimat skkit..hehehe....sampai pagi 25 tue aku ingat nak rest kejap pastu study ler...exam petang 26 kan..so sempat lar menelaah apa yang patut...

akak opis aku dah pesan banyak kali call INTAN untuk double check..aku call hari isnin..n aku explain...dia mintak no ic aku..n akan call balik lepas check...tue pun lepas dia tanya aku exam dimana..comfirm ker INTAN Bukit Kiara...aku dah cuak...tunggu lar diorang call...pukul 11 camtue..ada pegawai kat situ call..bgtahu aku exam tukar waktu pagi...pukul 10pg keesokan harinya...ok fine..aku ok jer..kak ngah aku pun ok..tapi kami kena gerak awal lar..faham2 kl jalannya jem memanjang...

pukul 6.30 pagi kami dah kuar dari UIA..isi minyak apa semua terus menuju puncakkan..sesat jugak mencari jalannya..terlepas simpang...nasib baik jumpa.lebih kurang pkul 7.30 pagi samapi..tue pun 2 3xpusing lam INTAN tue..tak taw pejabatnya dimana...dengan tak sarapannya menunggu lar sehingga pukul 10pg..sementara aku pie exam..kak ngah aku tido lar dalam kete...aku pulak pukl 9 dah pie tempat exam tue...sejam awal..hehehe..cam nak ambik spm jer gayanya...alih2 start pukul 12 cam tue..tapi takper...nasib baik tempat beraircond..law tak cair makeup..
berfotogedik team PERDANA
Tengah tunggu tue..pegawai INTAN tegur...soo tanya lar dia nape tukar petang ke pagi...dia bagitahu.. sebenarnya takade langsung exam isac sekarang nie..mereka sedang upgrade sistem diorang..n sepatutnya page isac langsung tak boleh bukak..isi pun cannot maa...terus terkeluar naya lar kalau orang jauh cam saya nie...nasib baik tergerak hati nak call..tapi nasib baik bos bahagian ISAC nie sanggup buat pagi nie..kalau berkeras tak mau buat...buang masa..buang duit..buang tenaga lar koo...tabik spring kat en sukimi tak silap aku nama dia....pantas dan terbaik...

Exam pagi tue..5 orang jer..3 dari intan sendiri..2 lagi aku n seorang PA PDRM Shah Alam....aku tengok geng INTAN cool jer jawab soalan..aku jugak yang cemas...aku last sekali keluar...huahua...nasib baik jugak..pegawai yg jaga tue..sangat baik..+ hensem..perluker..aku tanya macam2..aku risau tak lulus....bukan ngorat dia pun...en jangan perasan k...hehehe..result dapt terus...saje nak bagi kami suspen..siap letak dalam envelpe lagi...sekali bukak..yahoo....lulus...syukur sangat..tak payah datang sini dah..huahua..teruk sangat kan..

Dah habis exam..ape lagi senyum sampai telinga..terus babai dari INTAN...pie giant singgah makan....lapar sangat2 k...lepas tue janji dengan driver n meneruskan perjalanan balik ke machangster...sampai pukul 10pm..

moralnya..kena pastikan betul2 masa..tempat..tarikh program yang kita hadir tue..ko call lar banyak kali untuk pengesahan..tak ade halnya..kalau dia marah..ko report jer kat jabatan diorang...ape susah..




Sebak baca coment


Assalamualaikum...

Tetiba aku rasa sedih...bila baca coment daripada sepupu aku....'..ngah..balik lar raye awal..aku kesunyian..'tetiba  rasa sebak....aku paham perasaan dia...aku paham yang dia terasa kosong sangat....Untuk makluman..bapak saudara aku meninggal dunia beberapa bulan yg lalu..ada aku buat entry khas untuk arwah...dia sebagai anak lagi terasa kehilangan seorang bapa.....seorang bapa..seorang sahabat..seorang guru..dan segalanya...

Bila nak raya nie..terasa lagi ketiadaan arwah...setiap kali kami sekeluarga balik kg...arwah setia menunggu kepulangan kami...arwah juga akan tolong bantu kami angkat beg2 pakaian kami...arwah sentiasa ada disaat kami perlukan apa2...hubungan arwah dengan anak2 saudara memang sangat rapat...macam kawan baik pun ada..dia yang rajin melayan kami..selalunya arwah yang rajin cari buluh untuk buat lemang...bakar lemang memang tugas beliau...lepas nie sape nak buat semua tue....sape nak melayan karenah kami yang macam2 nie..sape nak jadi translate kami...

Selalunya pagi raya pertama kami akan bergambar sekeluarga.....dah kurang seorang...tahun nie..raya takkan sama macam sebelum nie....Biasanya arwah yang sibuk pie beli barang kalau tak cukup...apa2 yang kami pesan mesti akan cari sampai dapat...2 3 kedai dia akan pie...bila balik kg mesti akan teringat...bila teringat cara dia makan..begitu berselera sekali..kita yang akan rasa kenyang..arwah dia ada satu habit taw...tido atas sofa sambil duduk..pastukan bila terlena mulalah bunyi macam2 lagu..(dengkuran)...huhu...bila teringat kembali saat2 arwah ada...sebak rasanya....

Ya Allah Ya Tuhanku...tabahkanlah hati kami sekeluarga...menghadapi dugaan daripada mu ini...
Ya Allah Ya Tuhanku...tempatkanlah arwah di kalangan orang yang beriman...amin...
Semoga DIA tenang disana...