Kebetulan dengan hari ini ada temuduga di tempat kerja..so nak share sedikit info..
Share daripada pembacaan : (highlight mana point penting k)
1) ANDA dikehendaki membawa bersama DOKUMEN ASAL dan SALINAN FOTOSTAT sebagai contoh :
- kad pengenalan aka IC
- sijil kelahiran
- sijil kelulusan persekolahan SPM/Diploma/Ijazah
- sijil-sijil lain yang berkaitan
- surat kebenaran majikan/ringkasan perkhidmatan - katakanlah jawatan sekarang kontrak...jawatan yg korang pohon tetap..still perlu dapatkan surat kebenaran daripada majikan..apa2 nanti senang...
1) ko calon yang berjaya..Jabatan tue nak minta ko lapor diri serta merta..sedangkan perletakan jawatan tanpa notis boleh menyebabkan ko akan kena bayar sejumlah wang..kebiasaannya gaji sebulan..bila ko sertakan surat kebenaran tue Jabatan tersebut akan memahami harapnya lah kan..bagi ko lapor diri lewat sikit kaa atau camne.. tue pun atas budi bicara Ketua Jabatan....ok..
2) Bila ada surat atau kenyataan pasal perkhidmatan..automatik ko ada kelebihan disitu..kat kenyataan akan nyatakn berapa lama kita berkhidmat..so kat situ Jabatan akan tahu korang dah pernah bekerja..ada pengalaman..dan boleh dipertimbangkan kerja..
Tak perlu konon2 nak sorok mintak jawatan lain demi menjaga hati bos...sangat mengarut bagi aku..nanti katakanlah dapat..still kena berdepankan..lain lah ko jahat sangat..hantar surat berhenti dengan pos laju..hahaha...teruknya...
**macam aku biase buat..setiap salinan yg aku hantar semasa mohon kerja aku bawa jugak..dan kalau boleh korang sedialah lebih salinan fotostat tue..jika apa2 sonang...dan yang penting..setiap SALINAN FOTOSTAT SILA SAHKAN oleh PEGAWAI A ..selalu terjadi calon lupa nak pie sahkan...nie tak semua tapi ada..salinan fotostat ko tak sahkan syarikat reject mentah2 aje..sebab yg simple..sangat simple tapi selalu dilupakan...
2) BAWA RESUME yang RINGKAS & PADAT
tolong sediakan resume secara bijak pandai...maksud aku..ada orang mohon kerja SYARIKAT BESAR..tapi sedia resume ibarat ko mohon kerja kat kedai runcit..sory..aku tak bermaksud nak pandang rendah..tapi itu realitinya...Realitinya Disini...iklan ape eh...oOye..satu lagi tolong letak gambar pasport yang terkini..bukan gambar masa sekolah..bukan gambar tepi pantai..plisss...
3) Buat HOMEWORK
terutama pasal isu-isu semasa..walaupun ko malas nak baca newspaper...tengoklah ape yang patut..amboi on9 rajin kan..macam kata kat diri sendiri aje..hahaha..ambik tahu isu tengah hot..jangan lah bila ditanya ko bgtahu pasal kes artis gaduh sesame sendiri..artis berebut bf/gf...ohh..nOoooonOoooo....kalau ko kerajinan lebih sikit..baca jugak isu luar negara..penemuduga nie kita tak leh nak agak apa yang dia tanya...diluar jangkaan..
4) persiapan DIRI SENDIRI
kekemasan diri perlu jaga...dari rambut sampai hujung kaki..percayalah baru ada keyakinan yang tinggi..spray perfume banyak2 yer..wangi xpe jangan busuk..tapi jangan melampau...
kerja yang dipohon sila fahami skop kerja..nanti ditanya tidak tergagap-gagap..
tiba awal di tempat temuduga..ko menunggu takpe..jangan penemuduga tunggu korang..
5) berpakaian SOPAN
kalau datang temuduga seeloknya pakai baju kurung atau yang bersesuaian...yg boleh nampak ko confident tinggi...macam jubah tak sesuai..kebaya sendat lagi lar tak sesuai..
kalau boleh berkasut tutup sebaiknya..jangan pakai sandal..selipar..tidak lar sesuai..
Pandangan pertama orang kepada kita adalah pemakaian kita..pemakaian mencerminkan siapa diri kita..walaupun selalunya tak begitu..tetapi itulah yang dipandang segelintir kita..
share berdasarkan pengalaman aku sendiri..dan pembacaan harian aku...moga membantu....
boleh KLIK SINI http://www.spa.gov.my/web/guest/hadir-temu-duga
No comments:
Post a Comment