Selepas tiga tahun menyulam benang cinta
dan melalui suka duka pasangan berkasih, akhirnya pelakon filem Hantu
Gangster, Diana Danielle dan Farid Kamil selamat mengikat tali
pertunangan di kediaman aktres itu di Damansara, Petaling Jaya,
kelmarin.
Pada majlis yang berlangsung sekitar jam S petang itu,
Diana menerima sebentuk cincin yang disarungkan ibu Farid sebagai tanda
dia sudah diikat jejaka tinggi lampai itu.
Diana yang cukup anggun
mengenakan baju kurung corak songket pancawarna dengan tatarias
jurusolek Chot menerima tiga dulang hantaran daripada pihak lelaki
berbalas lime dulang. Antara barangan yang diberi termasuk senaskhah
al-Quran, pakaian dan kasut.
Mengulas perjalanan majlis
pertunangan anak tunggalnya itu, ibu Diana, Norsiah Ramli atau lebih
akrab disapa Mama Norsiah berkata, dia bersyukur kerana majlis yang
dirancang sejak sebulan lalu berlangsung sempurna.
“Alhamdulillah, segala-galanya berjalan lancar. Sebagai ibu tiada apa yang lebih menggembirakan selain melihat Diana bahagia.
“Mama
harap pertunangan ini akan kekal sehingga ke jenjang pelamin dan Farid
dapat menjaga Diana dengan baik,” kata Norsiah kepada HIP.
Ternyata
pelakon berdarah kacukan Melayu-Inggeris ini bijak menyimpan rahsia
majlis pertunangan hingga tiada siapa menghidunya. Mengulas perkara itu,
Norsiah berkata, keputusan itu dibuat atas kehendak anak dan bakal
menantunya.
“Bukan niat untuk merahsiakannya daripada sesiapa.
Cuma itu kehendak Diana dan Farid yang mahu majlis dihadiri keluarga dan
saudara mara terdekat. Tiada rakan artis yang diundang. Lagipun ini
hanyalah majlis pertunangan saja. Jadi kami buat seringkas yang boleh,”
ujarnya.
Ditanya berapa lama pertunangan diikat, Norsiah berkata, tiada tarikh ditetapkan tetapi paling lama mungkin setahun.
Bagaimanapun, sehingga malam tadi, Diana dan Farid gagal dihubungi untuk mengulas pertunangan mereka.
Sebelum ini, Diana dan Farid dikatakan putus cinta. Namun jodoh mereka ternyata kuat apabila ikatan terlerai, disambung kembali.
Berita
pertunangan pasangan ini sekali gus mengesahkan desas-desus kononnya
Diana dan Farid akan bertunang dalam masa terdekat. Ini berikutan cerita
Farid yang juga pengarah filem V3 dan Kongsi menghadiahkan sebentuk
cincin kepada buat hatinya itu, tersebar.
Bagaimanapun, ketika itu, mereka menafikan perkara berkenaan. – Berita Harian Online
p/s : Akhirnya terjawab sudah....kepada gadis2 please say gudbai pada Farid Kamil...frust menonggengkah kamu...hurmm...doakan yang terbaik untuk mereka...:))
No comments:
Post a Comment