Liza isteriku sayang!!
Kerana Isteriku Bernama Liza
“Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit,” kata Liza lembut sambil
membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya.”Cantik
isteri abang hari ni,” Usin mencubit pipi Liza lembut.
“Ayah, ayah, cepat la yah,” Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana
dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. “Yelah, yelah, ayah
dah siap ni.” Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah
anak-anak mereka yang comel dan manja.
“Abang, dah lama kita
tak balik kampung macam ni, ye?” “Iyelah, maklumlah abang ni sibuk
dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti
panjang.” Usin berkata kepada isterinya tercinta.
Perjalanan
daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan
Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya,
Liza. “Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung,” Usin berkata dalam hati.
Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama
keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar
untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan
Honda Civicnya mula memecut. Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua
kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap
pada anak dan isterinya yang sedang tidur.
“Eh abang, kenapa
bawa laju sangat ni?” tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya.”Tak ada apa
la sayang, rileks…cepat sikit kita sampai kampung nanti.” “Sabar bang,
sabar. Biar lambat tak apa….jangan laju sangat bang,20 Liza takut.” Liza
cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. “Rileks Liza?tak
ada apa-apa,” Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.
“Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?” kata Usin setelah berjaya
memotong bas ekspres tadi. “Sudah la tu bang.” “Ha… tu ada satu lagi bas
ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa….” Usin terus masuk gear 3,
pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.
Usin terus
membelok ke kanan untuk memotong dan …di depannya tersergam sebuah lori
balak yang besar dan gagah dan………………..ABANG!!
———————-
“Usin….bangun Sin,” sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka
matanya. Dia terlihat emaknya di situ. “Mana Liza mak? Macammana dengan
Liza mak? Farah, Adi….mana anak-anak saya mak?” Bertubi-tubi Usin
menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis
semahu-mahunya di depan emaknya.
Emaknya memandang Usin tepat-tepat. “Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?” Usin masih terus menangis.
PANGGG!!
Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?
“Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini.
Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!”
emaknya terus merungut sambil berlalu keluar….
…Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!
kredit : JENAKA
No comments:
Post a Comment