Thursday, 31 May 2012
Wednesday, 30 May 2012
ohsemmm...
Assalamualaikum...
Hari nie..buat pertama kalinya...aku pie belajar cara berblog...setelah 2tahun jOin dunia blog...baru hari ini..aku dapat belajar cara nak buat blog dgn betull...pendek kate scra rasminya...hehehe..memg senang kalau ade org tolg ajarkan...bgtahu kite mana nk click..cammane nak upload pix..cammane nk buat tue..buat nie...untung meke kan..tmasuklar aku...hee...w/pun aku memg dh ada blog sbelum join kursus nie...tp sekurang2 nyer...dapat topup mane2 yg kurang...ilmu pun bertambah....n blog akn jd tiptop..tp tiptop ker....takut jd..tiktokteko..hehehehe...
suke sangat dapat join kursus nie..sanggup cancel cuti...huhu..kebetulan mggu nie..bos aku pie vietnam..jadi...oyeah...oyeah...leh jOin..terus hati berbunga2...yelar..bukan senang nk join kursus camnie...freee lak tue...aruslah join..sngt rugi oooo...nie pun sebenarnya dh rasa frust xjoin kursus edit photoshop n banner..kalau xclap aku lar...kebetulan ari kursus tue....kene meeetiingg...pasrah aku...think +ve jer ...law ade rzki...lain hari masih lg leh join kan..dpat join salah satu kursus ict nie pun kira syukur sngt2...
ok bai..tue jer nk citer hari ini..sok ada lagi kursus....:))
Sunday, 27 May 2012
aKu..aKu...aKu...
aku tak pandai nak ceritakan dalam bentuk penulisan ape yg aku alami...
aku tak pandai nak karang-karang ape yg aku rasekan..
sebab tue..dalam blog nie..bnyk gambar2..lirik2 lagu...atau kata2 yang aku masukkn...
ada bait2 lagu yg menggambarkan perasaan aku ketika itu..
ada gambar2 yg berkait rapat ngan aku..
ada kata2 yg membuatkan aku jadi lebih kuat untuk menghadapi masalah2 yg aku hadapi...
muka tersenyum..tp dalam hati hanya Tuhan yang tahu..
itulah aku....
sudah cukup sudah..
inikah caramu membalas cintaku
kau nodai cinta yang ku beri
inikah caramu membalas sayangku
kau lukai sayangku untukmu..
teganya kau menari diatas tangisanku
kau permainkanku sesuka hatimu..
sudah cukup cukup sudah..
cukup sampai disini saja..
daripada hati gelisah
cintaku kau balas dengan dusta..
sudah cukup cukup sudah
cukup sampai disini saja..
daripada batin tersiksa..
lebih baik ku pergi saja..
t'lah berulangkali kucoba mengalah
ternyata sabarku tak berarti untukmu..
kau nodai cinta yang ku beri
inikah caramu membalas sayangku
kau lukai sayangku untukmu..
teganya kau menari diatas tangisanku
kau permainkanku sesuka hatimu..
sudah cukup cukup sudah..
cukup sampai disini saja..
daripada hati gelisah
cintaku kau balas dengan dusta..
sudah cukup cukup sudah
cukup sampai disini saja..
daripada batin tersiksa..
lebih baik ku pergi saja..
t'lah berulangkali kucoba mengalah
ternyata sabarku tak berarti untukmu..
Pinjam bahu nak nangis....
>__<
Friday, 25 May 2012
Thursday, 24 May 2012
Pesanan Untuk Lelaki by Ustaz Azhar Idrus
PESANAN UNTUK LELAKI:
1. Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia...
2. Jangan buat wanita tu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia...
3. Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti....
4. Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya...
5. Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya...
6. HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya....
Wednesday, 23 May 2012
Monday, 21 May 2012
Doa bulan rejab..
Kelebihan di Bulan Allah
a) Puasa 1 hari - mendapat keredhaan yang besar dari Allah
b) Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan dari Allah
c) Puasa 3 hari - akan diselamatkan oleh Allah akan bahaya dunia, seksa akhirat, penyakit gila dan fitnah syaitan dan dajjal
d) Puasa 7 hari - ditutup 7 pintu neraka
e) Puasa 8 hari - dibuka 8 pintu syurga
f) Puasa 10 hari -Allah akan makbulkan permintaannya
g) Puasa 15 hari - Allah akan menghapuskan dosa yang telah lalu dan mengganti semua kejahatan dengan kebaikan
f) Tambahan puasa menambah pahala
g) Membaca surah al-ikhlas 11x setiap hari @ lebih
f) Membaca Al-Quran

>_*
Mengubah Destini Anak Bangsa
MDAB bantu lebih 3,000 pelajar miskin masuk UiTM
Wartawan Sinar Harian
18 Mei 2012
18 Mei 2012
ALOR SETAR - Program Jelajah Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB)
Universiti Teknologi Mara (UitM) yang diadakan sejak 9 Mei lepas, telah
mengenal pasti lebih 3,000 pelajar miskin untuk diterima masuk mengikuti
program khas universiti itu.
Naib Canselor UiTM Datuk Profesor Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata, universiti itu menyediakan 5,000 tempat menerusi program MDAB, yang bertujuan memberi peluang kedua kepada pelajar miskin yang gagal mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam.
"Setakat ini, UiTM telah menjelajah di tujuh negeri dan bertemu hampir 25,000 pelajar serta mengenal pasti lebih 3,000 pelajar miskin untuk diterima masuk mengikuti program khas itu," katanya kepada pemberita pada majlis MDAB di Pusat Khidmat Adun Bakar Bata hari ini.
Program cetusan idea Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ini akan berakhir 6 Jun. Penjelajahan ke seluruh negara ini singgah di Kedah hari ini dan esok.
Sahol Hamid yakin peluang kedua ini akan membolehkan pelajar tercicir itu berjaya, dan mereka ditempatkan di bawah Program Khas Pra Perdagangan dan Pra Sains bagi memantapkan mata pelajaran yang lemah sebagai persediaan untuk melanjutkan pengajian di peringkat diploma.
Seorang pelajar, Mohammad Fahmi Abdul Jalil, 18, berkata dia amat bersyukur kerana terpilih melanjutkan pelajaran dalam program Pra Perdagangan di UiTM Merbok.
"Diterima masuk ke UiTM memberi sinar baru kepada saya untuk meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi seperti yang diidamkan dan keluarga selama ini," katanya yang gagal dalam permohonan ke insitusi pengajian tinggi sebelum ini.
Sementara itu, di Kuala Kedah, seramai 40 pelajar diterima masuk ke UiTM bagi pengambilan Julai selepas permohonan mereka ditolak Unit Pusat Universiti (UPU).
Ketua Umno Bahagian Kuala Kedah Datuk Latt Shariman Abdullah berkata beliau gembira kerana semua pelajar dari sekitar Kuala Kedah itu, yang tercicir daripada pengambilan kemasukan ke universiti, diterima UiTM.
"Sebagai bekas alumni UiTM, saya rasa gembira kerana program ini telah memberi peluang kedua kepada anak-anak di sini melanjutkan pelajaran ke peringkat Pra Diploma dan Diploma," katanya.
Pada majlis itu, Umno Bahagian Kuala Kedah turut memberi sumbangan RM100 kepada setiap pelajar yang ditawarkan ke UiTM melalui program MDAB bagi membuat persediaan sebelum memasuki institusi berkenaan. - Bernama

p/s : Pada mereka yang dapat melanjutkan pelajaran hargai sebaik-baik peluang yang ada...jangan persiakan peluang yang mungkin ada dikalangan kita tidak memperolehinya...Hargai peluang yang mungkin hanya sekali dalam seumur hidup kita...
Sumber Sinar Harian
Sunday, 20 May 2012
wasssupp!!
nie gaya bila lelaki kebosanan..tapi pompuan law teman bf dia tetap senyum...
w/laupun dalam hati bila nk bla nie....
sayang punya pasal...:)
bila gegurl layan gamess...lebih kurang lar...cam2 gaya..:))
leh try....hehehehehe...
p/s : share dari News Media Networks
The Red Warrior
FENOMENA SAAT INI... sekian
¸.¤*¨¨¨*¤.¸¸.....¸.¤.¤\
\ GOMO KELATE GOMO \
.\¸.¤*¨¨¨*¤.¸¸.¸¸..¤.¤*
..\
...\
....\
.☻/
./▌
./ \
Saturday, 19 May 2012
Friday, 18 May 2012
Monday, 14 May 2012
Doa Untuk Pengantin..
"Ya Allah Ya Tuhanku,
seandainya telah kau ciptakan dia milikku,
tercipta buatku,
dekatkanlah dia padaku,
satukan hatinya dengan hatiku,
titipkanlah kemesraan di antara kami
agar kebahagiaan itu abadi.
Dan Tuhanku Yang Maha Pengasih,
seiringkanlah kami dalam melayari ketepian yang sejahtera,
sepertimana yang Engkau kehendaki."
- Amin Ya Rabbal 'Alamin -
p/s : pict hasil carian Mr google....pict Dato' K & Siti lg u....:))
Sunday, 13 May 2012
Rumah Pelik
rumah puzle yg xsiap....
macam stadium pun ade...
cam jamban.....hehe...selesa nie..
rumah bulat seperti bola2..
bg free pun aku xsanggup...
yg nie pun same.....tunggu masa jer...glupp..
makin pening law stay kat sini..huhuhu
rumah ufo....ngan harapan leh pie ker planet lain bila tension....hahhahaha
p/s : hasil carian Mr. Google...
Friday, 11 May 2012
Haramkah??
Salam jumaat...
aku memang mengaku aku memang suka pakai gelang kaki tapi tanpa loceng..n aku terbaca mengenai haram dan hukumnya...saja nk share....moh lar kitee bacee yer...
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
Soalan:
Salam ustaz, adakah haram memakai gelang kaki tapi tidak ada loceng? Bagaimana pula hukumnya tentang pemakaian gelang tangan berloceng?mohon penjelasan terperinci dari ustaz.
Jawapan:
Bila termenung jauh memikirkan masalah wanita sekarang ini, memang kebanyakkan wanita ini pada setiap hari dalam kehidupan mereka dibelenggu dengan dosa-dosa tanpa disedari oleh mereka. Kadang-kadang saya lihat wanita yang faham agama juga terlibat dengan masalah ini. Alasan mereka Islam tidak melarang berhias dan bercantik-cantik. Paling malang lagi, mereka mengajarkan orang lain dengan pandangan mereka yang singkat tanpa menjelaskan secara terperinci pakaian yang dikehendaki oleh Islam. Saya tidak mahu menyentuh dan membahas secara panjang masalah pakaian wanita ini, sebab sebelum ini juga saya telah buat beberapa artikel yang berkaitan dengan masalah pakaian wanita ini. Di kesempatan yang ada ini, saya hanya fokus kepada persoalan yang telah dikemukakan di atas iaitu hukum pakai gelang kaki tanpa loceng. Firman Allah yang bermaksud :
“Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An-Nur : 31)
Berdasarkan firman Allah di atas ini, jelas bagi setiap wanita tentang tatacara berpakaian yang dituntut di dalam Islam. Malah wanita tidak dibenarkan berjalan secara berhentak-hentak kaki kerena ia mampu menarik perhatian orang lain yang bukan mahramnya. Ini juga dapat menimbulkan fitnah buatnya. Perlu diketahui bagi sekelian wanita yang cintakan Islam yang memakai kasut bertumit, apabila mereka berjalan ia akan mengeluarkan bunyi yang kuat, ini juga boleh menarik perhatian dan minat orang yang bukan mahram terutamanya lelaki. Perkara ini juga boleh digolongkan dalam larangan Allah akan wanita yang berjalan dengan hentak-hentak kaki dan mengeluarkan bunyi. Begitu juga bagi wanita yang memakai gelang kaki berloceng, bila berjalan ia dapat menghasilkan bunyi gelang dan perbuatan ini juga sangat dilarang di dalam Islam. Tegahan ini telah dibuatkan di dalam Kitab Bahrul Mazi memakai loceng adalah ditegah oleh syarak kerana bunyi loceng itu menyebabkan tiada malaikat Rahmat mendekatinya. Penegasan ini berdasarkan kepada Hadis Rasulullah yang bermaksud :
“Tiada menyertai malaikat Rahmat bersama jamaah (kumpulan) yang ada di dalamnya anjing dan loceng” (Riwayat Tarmizi)
Penegasan ini juga termasuk loceng yang terdapat digelang kaki dan juga loceng yang terdapat dipergelangan tangan. Bagi sesiapa yang melakukannya, maka lebih baik bertaubat dan meninggalkan perbuatan tersebut. Ini akan merugikan kita semua. Kalau ada wanita yang memakai gelang kaki tanpa ada loceng, ini tidak menjadi masalah dan perbuatan tersebut adalah harus, kerena ia tidak dapat menarik perhatian orang lain, tambah lagi gelang kakinya disembunyikan disebalik pakaiannya. Apa-apapun bergantung kepada niatnya, kalau ia pakai untuk menarik perhatian orang yang bukan mahram akan perhiasan yang dipakai olehnya, maka ia boleh mendatangkan dosa dan maksiat. Kadang-kadang setengah wanita mereka memakai atas sebab keinginan kekasih lelaki mereka atas alasan apabila mereka pakai akan lebih menarik dan cantik. Tidak menjadi masalah kalau perbuatan tersebut disebabkan suruhan suami. Secara logiknya, kebanyakkan wanita yang memakai gelang kaki, tidak menutup aurat kaki dengan memakai stokin atau seumpamanya. Mungkin disebabkan sukar kerana gelang tidak dapat dimasukkan ke dalam stoken atau takut orang lain tidak nampak. Kalau begini punya persepsi, maka sudah pasti ia menjadi dosa.
Sumber: http://
Pelamin anganku..
Salam...sekarang musim kahwin.....invite kat fb tue..majlis kahwin org jer..majlis kahwin sendiri..entah bile...heee....Insyaallah..semua orang nak kahwin cuma lambat atau cepat ajer..sama gak ngan aku...sape xmaw ada family sndirikan....nak kahwin senang nak tuuuut pun senang...tanggungjawab besar bila seorang lelaki dah jadi suami dan seorang perempuan menjadi isteri....banyak kite kena pikirkan.....dan persediaan fizikal..mental...banyak ooo...law boleh nk kahwin sekali jer seumur hidup....ok lar meh cUci mata pict pelamin yg berkenan dimata aku.....mana taw kowrang yg nk kwin leh gunapakai...
bluees...faveret colour aku....very simplemimple....nice...kelainan dia pada bola-bola api ..
pelamin yg nie pun cantik jugak...tak serabut pun kan...
yg nie pun..tp bunga bnyak sngat.....tp tetap cantik...untuk pinky2 boleh ajer...
yang nie pun cantikkk....xpernah lagi jumpa org buat pelamin camnie.. tp cam pelamin tunang ok kot..
serius...yg nie nampak grand sangat....meletupp sangat..merah hitam putih...
law fresh flower memang lawa lar..tp ongkosnya pun besar...
nie pelamin macam konsep taman....like10000x..
kebanyakan org punya pelamin cam gini lar...
putih itu suciiii..hehehhe...
simple ok.....tp aku rasa cun untuk tunang...
pelamin diluar yg sngat pinkyy...
cunnn...tp pelamin duduk lar....cantik2....
ungu+putih = sweeeett gitu..
nie pelamin lam umah.....n aku pasti tue real punya daun2...
nice...>_*
siap pilih pelamin sape yg nk kahwin nie.....ko?akU??aku???
bergantung pada jodoh....semuanya perancangan-NYA..insyaallah...
kita hanya mampu merancang tp penentuannya hanya DIA..
p/s : pict hasil carian mr google...
Thursday, 10 May 2012
Take time maa....
Take time to Love..
It's the secret of eternal youth..
Take time to laugh...
It's the music of the heart..
Take time to cry..
It's the sign of a large heart..
Take time to read..
It's the source of knowledge..
Take time to hear..
It's the power of intelligence..
Take time to think..
It's the key of success..
Take time to play
It's the freshness of childhood..
Take time to dream..
It's the breath of happiness..
Take time to live..
Because time passes quickly and never returns...
Tuesday, 8 May 2012
Jangan Lupa....
Untuk tersenyum hari ini...moga segala urusan dipermudahkan segalanya...:)
bekerja dengan seberapa ikhlas..Insyaallah....
Friday, 4 May 2012
Itulah wanita..
SILAPNYA SEORANG WANITA ialah :
✿bila dia percaya, maka dia TERLALU PERCAYA..
✿bila dia menyayangi, maka dia MENYAYANGI SEPENUH HATI..
✿bila dia memberi, maka dia BERIKAN SEGALA-GALANYA..
Kerana itulah, apabila BERHADAPAN dengan SEORANG LELAKI..wanita perlu lebih BERHATI-HATI, janji manis di bibir itu..mungkin menjadi SEMBILU yang akan MENGHIRIS HATI bertahun lamanya, impian dan harapan indah itu..mungkin menjadi selumbar yang MELUKAKAN..
makanya, SELAGI BELUM PASTI..jangan memberi sepenuh hati, selagi belum memiliki dan dimiliki SECARA HALAL dan SAH..JANGAN MEMBERI segala-galanya, bila kita terlalu mudah memberi..maka kelak nanti kita akan SANGAT SUKAR MELEPAS PERGI..
dirimu amat MULIA, maka..untuk dapat merasakan BAHAGIA hadir di sisi, kamu perlu LEBIH TABAH dan BERHATI-HATI dengan dugaan di sekelilingmu......
Itulah hakikat yang perlu diakui....peringatan sesama kaum...n lebih kepada diri sendiri....:)
Salam Jumaat....
>copycutpaste<

Thursday, 3 May 2012
doa pembuka apa yang tertutup..
Bagus diamalkan utk....
a) Hati yg tertutup utk melakukan amal soleh
b) Hati yg tertutup utk melakukan amal jariah
c) Hati yg tertutup utk menerima nasihat
d) Pintu rezeki yg dirasakan seperti tertutup
e) Minda @ akal yg dirasakan seperti tertutup
f) Hati yg tertutup utk berkahwin
✿ maKin hari maKin baik......amin....
By: Lot Kubur
My bosss...
Assalamualaikum...
nie lar exbos aku.....cukup lar aku kenalkan dia sebagai ayahanda.....muka bos nie garang tp serius beb..dia memg seorang yg kelakar...friendly...sempoi lar....n yg penting orang xkan percaya dia nie seorg yg bergelar Dato'....dia membahasa kan diri dia 'ambo' kalau standardnya 'saya'....org kelantan lar kan...
Beliau seorang yang sangat2 low-profile....tanya lar mana2 student kat sini.....kebanyakan yg positif.....beliau banyak mengajar aku tentang macam2 hal....lebih2 lagi berkaitan manusia2 yg bnyak ragamnya....
aku kan jenis penakut skit booo.... pernah skali tue dia mintak aku call seseorang yg penting lar..tp aku bg alasan xbape nak cerdik....'boleh ker saya call 'mr A'..jawapan dia...'laa namamanja diapanggil aku...u sorang PA..xjadi masalah..sbahagian dari tugas u'....aku bukan apa..cuma risau kalau call aku tue mengganggu orang2 tersebut...entah2 tengah meeting ker..ngah bincang ngan bis boss ker..eh..entah2 tue..entah2 nie....selalu hal camnie lar yg merisaukan aku..call xkena masa...
bos aku nie..suka buat lawak taw....ada saja gelagat dia yg mencuit hati....tapi x maw lar citer kat sini....biar lar kami yg kat opis saje taw...biarlah rahsia..bakkatadatositi...heheheheheehe...bos aku nie...suka bebenor bagi kacaang kapalterbang tue....bukan sikit taw..tp bnyak..lebih dari 5 lar...boleh siap2 agih2 pada krani lain..sangat oVer kooo...hahaha..aku pun pelik..mana dia dapat bnyak2 camtue....yg bestnya kacang2 tue dia letak lam poket blazerrr dia....sampai2 stop kat meja aku..ngan muka seriusnya...keluarkan semua yg ada lam poket tue...adoi...memang lawak ok...korangtaklawakape akukesah..
akukan jenis kelamkelibut skit..semuasikit2...dia yg bnyak menenangkan keadaan...selalu ayat dia..'u bertenang laa...i akan minta bahagian tertentu untuk wat kje nie..u relex k..it's ok laa...'..lebih kurang camtue lar ayat2 dia....memang tugas aku betul2 sbgai seorang PA...jaga jadual dia....jawab call...set flight dia..n kje2 PA yg lain....kalau orang lain mintak buatkan kerja2 fotostat kat opis aku nie...'ishh..xboleh fotostat kat sini...'..lepas tue siap bgtahu lg..'laa kalau org lain mintak copy apa2..bgtahu i xbenarkan..hanya kje2 yg i bg pada u saje..'see..see..mukaberlagak.....
seriusly aku bgtahu...bila dia dh tamat tempoh..ala2produkgitu..sedih kot....tp nanti lar aku citer...nanti banjir lak opis di musim kemarau nie....:)
p/s : abaikan aku yg makin mengembang nie......tension jap tgok pict sendiri.....i pasrah....lalalalallala..
Subscribe to:
Posts (Atom)