Powered By Blogger

Friday, 3 July 2015

Always Be Positive



bertahan selagi termampu..
bersabar selagi boleh..
pekakkan telinga dengan perkara negatif..
bersikap donno dengan perkara yang tak masuk akal..
buang jauh-jauh perasaan sakit hati..
kalau kita balas balik apa yang telah berlaku..
umpama kita tiada beza dengannya.. 

walaupun kita tahu kita tak kuat..
walaupun kita tahu kita tak boleh bersabar..
walaupun kita tahu kita tak boleh bertahan..
walaupun kita tahu kita juga manusia biasa..

pantang dijentik pasti melatah..
pantang dicuit pasti meletop..

Kita harus ingat yang..
Allah tak bagi ujian kalau tahu kita tak mampu hadapinya..
Allah uji hamba yang DIA kasihi..

bertahan..bersabarlah...

setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..
setiap yang berlaku pasti ada muhasabahnya..

Ya Allah..ku memohon kepadamu..
Ya Allah engkau kuatkanlah hati ini..
Ya Allah engkau tenangkanlah jiwa ini...
Ya Allah engkau jauhkanlah segala anasir jahat dariku..
Ya Allah engkau tetapkanlah imanku..

Hanya pada Mu ku berserah..
Sesungguhnya aku hamba Mu yang kerdil...






Thursday, 2 July 2015

cerita ramadhan



Assalamualaikum..

Dah nak masuk ramdhan yang ke 15 dah..
wah...pejam celik..pejam celik...
kejap aje masa berlalu...dah besar anak2 ehh..
ada anak kaaa..non ado..tapi doa2kan yang terbaik yer..
Dah kuruih lom nie korang...i cam biaselar...tak statik kuruihnya...
usaha lagi..pulun abisan ada 15 hari lagi...

tak ada special kot...sebab hari2 kerja..hari2 kerja...
dalam sibuk bekerja...sempat lagi shopping on9..
empunya diri tak kuruuihh..purse ku lak makin kuruihh...
 *nangis mintak abam2 sponsor..

aku kan pantang tengok..
nak baju cantik tapi nak yang murah..tapi nak yang meletop gitu..
baju kerja..baju program..baju raya..itulah semuanya..
murah aje aku beli rm135..tak cayakan..
sila percaya..
pleaseeee...
semenjak disini aku memang beli on9..
kalau sempat n free baru pie terjah satu mall ke mall yang lain..
aku sedikit cerewet..bukan sedikit tapi banyak jugak lar..
sebab tue lar baju serba satu untuk aku...

 
nie pulak bubur pulut hitam...faveret nie..
lama tak jumpa..kalau bab makanan aku susah nak membeli..
takut keracunan..serik mak nyah..
pernah sampai rase nak tido terus lam toilet..
tak larat nak ulang alik..
maap lar campur bab makanan n toilet..haha..
bubur nie aku paksa kakak opis belanja..hahaha..
sape suh ajak aku pie tengok makanan..
murah rezeki u sekeluarga...
nie yg makin syang kat kak mie..:)


nie pulak..faverettttt jugakkk....
sambal hitam dan daging dendeng..
makan nasi panas2 walaweii..
menaip sampai tertelan air liur nie haaa..
 sabar..bape jam jer lagi..sabar..
nie pun staf jugak bagi..aku pun terkejut..
rezeki dipagi hari..
mekasih kak E..
murah rezeki akak sekeluarga


oh yeah..hari ini korang berbuka apa..
i mayb mee goreng aje..kata bujang trangggtrang kan..
ok bai..nak sambung keje pulak...
^_^

Wednesday, 24 June 2015

Bersedekah di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum..

Sedikit perkongsian....* daripada email staf UiTMK

Syukur Alhamdulillah kerana  kita masih lagi berkesempatan hingga ke saat ini  menjalani ibadat puasa yang mana telah pun memasuki hari yang ke 6 dalam fasa pertama iaitu bulan Kerahmatan . 

Di antara amalan yang dianjurkan Rasulullah SAW di bulan yang penuh keberkatan ini ialah banyakkan bersedekah.
 
kenapa simati lebih memilih untuk bersedekah seandainya dia dikembalikan ke dunia?
 
sebagaimana firman Allah yang bermaksud " wahai Tuhanku, alangkah baiknya engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah" (surah al-mukminun: 10)
sedangkan dia tidakpun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "aku dapat solat" atau "supaya aku dapat berpuasa".

seorang ulamak berkata, "tidaklah seseorang yang telah mati itu menyebut untuk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yang telah dilihatnya selepas kematiannya".

maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mukmin akan berada dibawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti. Bersedekahlah untuk saudaramu yang telah pun meninggal dunia kerana mereka amat berharap untuk kembali ke dunia untuk bersedekah dan melakukan amalan soleh.oleh itu realisasikanlah harapan mereka dan latihlah anak-anak kita supaya membiasakan diri dengan bersedekah walaupun dalam jumlah yang sedikit. 

Bersedekahlah sesungguhnya Allah memberi ganjaran kepada orang yang bersedekah " kalaulah orang yang bersedekah itu mengetahui dengan sebenarnya dan dapat menggambarkan bahawa sedekah itu diletakkan dalam tangan Allah sebelum ia ke tangan orang fakir miskin , nescaya kelazatan orang yang memberi lebih terasa besar daripada kelazatan si penerima (ibnu Qayyim).

Di antara faedah bersedekah
1) ia adalah salah satu pintu daripada pintu-pintu syurga
2) amalan bersedekah adalah sebaik-baik amalan soleh dan sebaik-baik sedekah adalah memberi makan kepada saudara kita terutama di bulan ramadhan
3) pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka
4) sedekah dapat memedam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur
5) sedekah adalah sebaik-baik sedekah kepada si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki ( kerana bersedekah)
6) sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dapat menggandakan kebaikan
7) sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat
8) sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu daripadanya( hari kiamat)
9) sedekah menjadi punca keampunan terhadao dosa dan penghapusan daripada kejahatan
10) sebagai pembawa berita gembira tentang pengakhiran yang baik dan punca doa malaikat buatnya
11) orang yang bersedekah adalah orang terbaik di kalangan manusia. pahala sedekah pula adalah untuk semua yang berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya untuk si pemberi)
12) pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yang banyak dan pahala yang besar
13) orang yang suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yang bertaqwa. dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi
14) sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati
15) bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan
16) bersedekah menolak bala dan menutup 70 kejahatan di dunia
17) sedekah memanjangkan umur, menambahkan rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan
18) sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh
19) sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian
20) pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung-burung

sepanjang perjalanan ke Perak

Monday, 22 June 2015

Salam Ramadhan

Assalamualaikum..

Lama tak mengupdate..
Lama tak menterjah disini...
Lama tak bersiar-siar di blog yg lain..
semua lama sangat..

arghh...serius rindu semua tue..
macam2 perkara n event yang melanda diriku..hahha ayat memang poyo..
sila jangan muntah...

I buzy dengan konvo adik
I buzy dengan lawatan konvo..
I buzy dengan Piala Bola Sepak..
I buzy dengan exam..
n ofcoz i buzy dengan bosbos..

nanti kalau kesempatan i update satu2 perkara yang berlaku k..
but tak janji...

sekarang banyak update di Ig n Fb..uolss kalau sudi follow lar kiteee..

mekasih awak...
mekasih awak....
mekasih awak.....
*baca sambil kelip2 mata

 ok bai nak balik nak masak..

oh ye..salam ramadhan...:)

kite akhiri dengan pict masa pie SA untuk meeting kelab..:)
 


wasalam....;)

Tuesday, 5 May 2015

Motivasi Diri Cara Ku

Tak nak story lg pasal Seminar Setiausaha boleh...
tajuk dah macam tajuk lagu..

nak story pasal motivasi diri...ehh..sejak bile jadi pakar motivasi pulak nie..
setiap orang ada cara tersendiri nak memotivasikan diri..nak bagi semangat pada diri sendiri..
macam aku...nie cara aku lar kan..
aku suka share sesuatu yg boleh memotivasikan aku..
aku suka share sesuatu yg membakar semangat aku..
aku suka share sesuatu yg boleh buat aku berusaha bersungguh nak capai sesuatu..



apa-apa quote yang aku baca kat fb aku memg akan copypaste..
bila aku down..bila aku rase tak semangat..
aku akan baca setiap quote yg aku copy..yg aku share..
dengan cara itu aku bagi semangat pada diri sendiri..
bila aku geram..sakit hati..marah..aura2 ne-
aku share quote po+..
aku luahkan kat fb apa yg yg aku rase..
n lepas tue semua insyaallah akan ok...

bila bekerja..bila belajar..
kita dikelilingi orang yg punya aura positif dan aura negatif..
kebiasaannya aku memang malas nak layan yg negatifnya nie..
sebab kesannya kita yg terpaksa hadapi..

aku bersyukur ada hamba Allah nie yg sering bagi kata-kata positif..
bagi semangat..bagi kata2 pembakar diri..
walaupun dalam setahun tue bape kali jer jumpa beliau 
tapi alhamdulillah semangat beliau masih kekal bersama aku..

sebenarnya pelbagai cara kita nak memotivasikan diri..
pelbagai cara nak serap aura positif dalam kehidupan kita...
terpulang kepada kita sendiri..

aku pun bukanlah sempurna..
aku pun bukanlah manusia yg selalu positif..
tapi aku cuba menjadi yg terbaik untuk diri sendiri..
tapi aku cuba perbaiki diri ke arah kehidupan yg lebih positif..

Tuesday, 28 April 2015

Monday, 20 April 2015

Jam rosak kot


ehemmm...jam kat pc dah jam 8.39 pm....
masih di opis tercintaaaa!!!
untung orang dah kahwin selalu bagi alasan ada suami..anak3..
ape lar nasib i yg single mingle nie...
bukan tak puas hati tapi...tapi..
sedikit terkilan..

harini serius aku betul2 penat..
pagi tadi terkejar ada program kat Rumah Tamu..
pastu ke pejabat setel hal lain..
tue tak termasuk layan perangai orang yang entah pape..
 
sesape bertanggungjawab sila order ape yg patut yer..