Powered By Blogger

Wednesday, 24 June 2015

Bersedekah di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum..

Sedikit perkongsian....* daripada email staf UiTMK

Syukur Alhamdulillah kerana  kita masih lagi berkesempatan hingga ke saat ini  menjalani ibadat puasa yang mana telah pun memasuki hari yang ke 6 dalam fasa pertama iaitu bulan Kerahmatan . 

Di antara amalan yang dianjurkan Rasulullah SAW di bulan yang penuh keberkatan ini ialah banyakkan bersedekah.
 
kenapa simati lebih memilih untuk bersedekah seandainya dia dikembalikan ke dunia?
 
sebagaimana firman Allah yang bermaksud " wahai Tuhanku, alangkah baiknya engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah" (surah al-mukminun: 10)
sedangkan dia tidakpun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "aku dapat solat" atau "supaya aku dapat berpuasa".

seorang ulamak berkata, "tidaklah seseorang yang telah mati itu menyebut untuk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yang telah dilihatnya selepas kematiannya".

maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mukmin akan berada dibawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti. Bersedekahlah untuk saudaramu yang telah pun meninggal dunia kerana mereka amat berharap untuk kembali ke dunia untuk bersedekah dan melakukan amalan soleh.oleh itu realisasikanlah harapan mereka dan latihlah anak-anak kita supaya membiasakan diri dengan bersedekah walaupun dalam jumlah yang sedikit. 

Bersedekahlah sesungguhnya Allah memberi ganjaran kepada orang yang bersedekah " kalaulah orang yang bersedekah itu mengetahui dengan sebenarnya dan dapat menggambarkan bahawa sedekah itu diletakkan dalam tangan Allah sebelum ia ke tangan orang fakir miskin , nescaya kelazatan orang yang memberi lebih terasa besar daripada kelazatan si penerima (ibnu Qayyim).

Di antara faedah bersedekah
1) ia adalah salah satu pintu daripada pintu-pintu syurga
2) amalan bersedekah adalah sebaik-baik amalan soleh dan sebaik-baik sedekah adalah memberi makan kepada saudara kita terutama di bulan ramadhan
3) pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka
4) sedekah dapat memedam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur
5) sedekah adalah sebaik-baik sedekah kepada si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki ( kerana bersedekah)
6) sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dapat menggandakan kebaikan
7) sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat
8) sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu daripadanya( hari kiamat)
9) sedekah menjadi punca keampunan terhadao dosa dan penghapusan daripada kejahatan
10) sebagai pembawa berita gembira tentang pengakhiran yang baik dan punca doa malaikat buatnya
11) orang yang bersedekah adalah orang terbaik di kalangan manusia. pahala sedekah pula adalah untuk semua yang berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya untuk si pemberi)
12) pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yang banyak dan pahala yang besar
13) orang yang suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yang bertaqwa. dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi
14) sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati
15) bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan
16) bersedekah menolak bala dan menutup 70 kejahatan di dunia
17) sedekah memanjangkan umur, menambahkan rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan
18) sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh
19) sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian
20) pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung-burung

sepanjang perjalanan ke Perak

Monday, 22 June 2015

Salam Ramadhan

Assalamualaikum..

Lama tak mengupdate..
Lama tak menterjah disini...
Lama tak bersiar-siar di blog yg lain..
semua lama sangat..

arghh...serius rindu semua tue..
macam2 perkara n event yang melanda diriku..hahha ayat memang poyo..
sila jangan muntah...

I buzy dengan konvo adik
I buzy dengan lawatan konvo..
I buzy dengan Piala Bola Sepak..
I buzy dengan exam..
n ofcoz i buzy dengan bosbos..

nanti kalau kesempatan i update satu2 perkara yang berlaku k..
but tak janji...

sekarang banyak update di Ig n Fb..uolss kalau sudi follow lar kiteee..

mekasih awak...
mekasih awak....
mekasih awak.....
*baca sambil kelip2 mata

 ok bai nak balik nak masak..

oh ye..salam ramadhan...:)

kite akhiri dengan pict masa pie SA untuk meeting kelab..:)
 


wasalam....;)