Powered By Blogger

Friday, 26 October 2012

Selamat Berkorban

 Selamat Hari Raya Qorban

Berhati-hati dijalan raya...
dimanamana saja korang berada...

sekian pantun 2kerat dari aku...

^__^


Thursday, 25 October 2012

25 oktober

shuhhhshuuhhhshuhhh (bunyi buang sawang2)

giler kentang..dah bersawang aku punya blog..

masih lagi buzy...atzu bahasa mudah difahami buat buat buzy...

ok...non ado story yg best kot...

ok bai..sambung kerja...


Thursday, 18 October 2012

Kelantan FA vs ATM


Seperti yang semua dah sedia maklum..
Hari Sabtu. 20 Okt. 2012 adalah perlawanan bola sepak antara ATM & Red Warrior..
kalau yang memang tak minat pun akan tahu kan...
bagi merebut Piala Malaysia 2012...
korang agak2 sapa menang..??
aku tak kisah sape2 pun sebab aku tak pernah berminat nak tahu..
yang aku tahu..bila kelantan berjaya masuk ke peringkat akhir..
kelantan akan cuti...ole-ole-ole...
jumaat..sabtu..ahad..
ahkak sukaaaasangat..
Selamat Berjaya....

Cool lar


Comel giler dlsr mini nie..
ohsemm...
^__^

Wednesday, 17 October 2012

Insyaallah...


Aku bukanlah yang terbaik...

Namun aku belajar dan berusaha untuk beri yang terbaik...

dan menjadi yang terbaik...

Insyaallah...



Monday, 15 October 2012

Rindu kedamaian


serius...
rindu nak masuk hutan...
rindu nak rasa kesejukan alam semulajadi..
rindu segalanya..

>___<

borak santai bersama mr konica

Hari nie kan ada org bangsa cina maa..datang opis aku....tujuan asalnya datang nak check mesin konica kat opis aku..ini olang peramah giler koo aku cakap....aku tanya sikit..dia jawab panjang lebar..selebar-lebarnya...aku pulak melayan..kebetulan bos tak ade..tapi kerja banyakkk..malsa nak buat...

Entah camaner dia masuk topik pasal tahun dalam kalendar cina taw...(aku dah lupa sebenarnya..).antara perbualannya...

aku  : u tengok lar i bertuah ker tidak tahun depan...
KM : boleh2..u tahun apa?
aku  : tak pasti lar tahun apa..(aku rasa cam naga..tapi takut silap maa)
KM : ok2..u lahir tahun berapa...
aku  : 1988.....
KM : oOk..(sambil buat pengiraan)..u tahun naga..banyak untuk maa...
aku : yeker...apa untungnya...
KM : (buat keluar iphone dia...amboii koo..saje nak buat aku jeles laatue..)..ok tahun depan (start baca diaorang punya kitab)...u elok untuk kahwin tahun depan...u rzeki banyak murah....myb bf u banyak duit..jadi takde masalah..cuma u kena jaga kesihatan.....n blabla...(comfirm ko tak sanggup nak baca lagi..sebab semua positif..kalau dia tak skip..)
aku : elok lar i kahwin tahun depan..oyeah..oyeah...
KM : iyalar..kira tahun depan tahun baik untuk u...kalau u takde gewe..u akan ade..
aku : hahahhaa..(gelak jer mampu..)...


Tue jelar antara topik pada hari ini...mula2 citer pasal sistem lepas tue boleh tukar pasal tuah..org cina kata ong..dia macam bertuah lar...nak kata aku percaya tak jugak...cuma saja2 nak dengar....tak perlu ambik serius sangat..

oh.. KM itu adalah konica Minolta...hehe..sory bro..i tak sure name u...

Selamat Hari Lahir Ibu



Assalamualaikum...

Monday's bluess...hehehe..

Selamat Hari Lahir Ibu...

Didoakan semoga dipanjangkan umur..dimurahkan rezeki...dipermudahkan segala urusan,...

^__^

Sunday, 14 October 2012

Malang Tak Berbau

Dear All

To share..

Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera

Sekadar berkongsi kejadian yang menimpa adik ipar saya baru2 ini. Seperti biasa pada hari jumaat selepas pulang dari pejabat, si suami jika tidak pulang ke kampong sendiri di Perak akan mengajak isterinya pulang ke Gelang Patah (kampung sebelah isteri). Lebih kurang pukul 8.30 mlm kereta pun dipandu dengan penuh cermat menelusuri lebuhraya Plus menghala ke Johor Bahru.

Di dalam kereta, isteri serta anak yang masih kecil duduk dibelakang (mudah bagi si ibu menyusukan anak yang baru berumur beberapa bulan) manakala anak yang sulung duduk disebelah ayah. (menemani ayah memandu barangkali) Disebabkan mata mulai layu (lebih kurang pukul 11.00 malam), si suami tadi pun exit sebentar di R&R Machap untuk membeli minuman di Petronas yang ada di R&R berkenaan.

Sejurus perking kereta di dalam kawasan Petronas, disebabkan terlalu mengantuk si suami pun terus keluar dari kereta tanpa mengejutkan isteri serta anak yang sedang nyenyak tidur. Barangkali hanya untuk seketika pergi membeli minuman, kereta yang ditinggalkan tidak pula dikunci pintunya dan enjin juga dibiarkan
hidup kerana air-corn masih terpasang. Diletakkan di dalam kawasan Petronas yang terang benderang meyakinkan lagi si suami tentang keselamatan keluarga yang ditinggalkan buat seketika.

Pada ketika ini sesuatu yang tidak dijangka berlaku……

Semasa si suami sibuk membeli minuman, seorang lelaki berbangsa Cina menuru masuk ke dalam kereta lalu menghempas kuat pintu menyebabkan si isteri yang sedang tidur tadi terjaga sebab kebiasaannya suami tidak tutup pintu sekuat itu. Kereta terus dipecut laju meninggalkan suami yang masih belum menyedari isteri serta anak-anak kesayangan telah dilarikan suspek. Manakala isteri menjerit sekuat hati meminta mereka dilepaskan dan anak sulung yang duduk di depan menangis ketakutan.
 
Suspek yang berang dek tangisan anak tadi menumbuk dada anak supaya dia diam. Disebabkan sakit akibat tumbukan yang kuat anak kecil tadi meluru mendapatkan ibunya di belakang sambil menangis teresak-esak.

Si suami yang baru menyedari keretanya tiada ditempat mula-mula dia parking, segera mengelilingi petronas mengangkakan si isteri telah mengubahnya ke tempat yang lain. Apabila menyedari kereta memang tiada, si suami segera meminta tolong kakitangan petronas yang ada di situ. Dan si suami segera menelefon isteri tapi tak dijawab.
Beberapa ketika kemudian isteri membuat panggilan senyap-senyap dari tempat duduk belakang suspek. Bagi mengelakkan panggilan itu disedari suspek, sambil telefon bersambung dengan suami, si isteri tidak meminta tolong daripada suami melalui telefon tetapi menjerit meminta tolong daripada suspek  supaya dilepaskan mereka anak-beranak sambil menyebut setiap lokasi yang dilalui menerusi papan tanda yang tertera di lebuhraya.
Mujur ketua stesen petronas ada ketika itu lalu meminjamkan keretanya kepada si suami untuk mengejar kereta yang dilarikan tadi. Sambil memandu talian masih bersambung dengan isteri bagi menjejaki lokasi pada ketika itu.

Apabila sampai di tol Simpang Renggam, suspek meminta duit daripada isteri untuk membayar tol tapi isteri memberitahu duit semuanya ada pada suami. Sambil membuka tingkap kereta isteri tadi menjerit kepada jurutol memberitahu dia diculik. Tapi malangnya tanpa perlu membayar duit tiket tol, palang dibuka oleh jurutol. Mungkin jurutol pun turut panik…..agaknya..

Sejurus melepasi tol, suspek memperlahankan kenderaan sambil memberitahu dia akan melepaskan si isteri tapi ingin mengambil anaknya untuk dijual bersama kenderaan yang dirampas. Selepas kereta diberhentikan, suspek menempik kepada si isteri supaya cepat keluar sambil tangan suspek mencapai anak sulung tadi.
Maka berlaku pergelutan antara isteri dan suspek untuk merebut anak yang cuba dijadikan mangsa pemerdagangan manusia. Dengan kuasa Allah swt, kereta yang diparking ditepi jalan tadi bergerak perlahan-lahan mungkin disebabkan keadaan jalan yang sedikit curam. Apabila melihatkan kereta yang hendak dicuri bergerak dengan sendirinya, suspek segera melepaskan tangan anak kecil tadi lalu meluru mendapatkan kereta. Seketika kemudian kereta pun dipecut laju meninggalkan isteri dan anak-anak yang baru sahaja sejengkal terlepas daripada bahaya.

Ini hanyalah secebis kisah benar yang berlaku baru-baru ini yang telah menimpa ahli keluarga saya. Sekadar peringatan kepada kita semua :
- Lengkapkan kenderaan kita dengan alat kunci tambahan (alarm security) / lebih baik lagi dipasang dengan peranti GPS untuk mengesan jika berlaku kecurian
- Kejutkan isteri atau orang yang duduk disebelah kita jika dia sedang tidur untuk maklumkan jika kita ingin berhenti untuk ke tandas/ membeli jajan
- Amalkan sikap sentiasa berwaspada (highly alert) dengan sekeliling sebelum keluar daripada kenderaan
- Amalkan prinsip keselamatan “turun dan kunci” serta merta. Semua pintu depan dan belakang samada dikunci dari luar atau minta orang di dalam kenderaan kuncikan kenderaan (boleh diamalkan utk kereta dan motosikal => secara prinsipnya biar kita hilang 2 minit utk kunci kenderaan kita daripada hilang berjam-jam utk mencari kenderaan sekiranya dicuri
- Sentiasa simpan skru driver/ benda yang tajam selain daripada pisau di dalam kenderaan . Utk digunakan jika berlaku kecemasan
- Jangan cepat panik – ambil masa dan cuba fikirkan tindakan yang perlu. Faktor utama ialah “keselamatan”
- Amalkan radius scanning sebelum dan sejurus turun daripada kenderaan – utk memastikan tiada sesiapa sedang memerhatikan kita
- Nasihatkan isteri atau orang disebelah jika berlaku apa yang tidak diingini segera tekan hon (nada panjang) - Tindakan terjun daripada kenderaan melalui pintu sebelah kiri adalah tindakan terakhir sekiranya usaha lain gagal (jgn terjun sekali-kali ikut pintu kanan)
- Sentiasa amalkan doa penggerak semasa dalam perjalanan. baca sebanyak mana yang boleh
  (at least 7 kali menurut Dr. Haron Din)

Semoga kita dipelihara daripada kecelakaan dan sentiasa berwaspada sepanjang perjalanan….
Untuk makluman kejadian berlaku pada 5.10.2012 baru-baru ini (11.30 malam : R&R Machap)

Untuk peringatan sesama kita...tidak kira lelaki atau wanita....



Thursday, 11 October 2012

Gotong Royong Perdana


 Assalamualaikum...

Hari nie diadakan gotong royong perdana 5S..

Diadakan senaman dipagi hari tapi aku tak join pun...

Aku terus gotong royong dipejabat....auta sangat..

ok lar..

Selamat Bergotong Royong...

^__^


 

Gotong Royong Perdana

 

Assalamualaikum...

Hari nie diadakan gotong royong perdana 5S..

Diadakan senaman dipagi hari tapi aku tak join pun...

Aku terus gotong royong dipejabat....auta sangat..

ok lar..

Selamat Bergotong Royong...^__^